Difahamkan, khabar angin mula bertiup kencang di Hollywood apabila Katy Perry disahkan bercinta dengan pelakon Orlando Bloom.
Menurut laporan E!, pasangan itu memang sedang bercinta di mana sumber terdekat penyanyi seksi itu mengatakan Katy tertarik dengan sifat merendah diri Orlando.
“Katy menyukai sifat merendah diri yang ada dalam diri Orlando, hubungan mereka kelihatan sangat serius dan kini memang sah sedang bercinta. Katy memanggil Orlando sebagai kekasihnya,” dedah sumber tersebut.
Percintaan Katy dan Orlando diperkuatkan lagi selepas mereka berdua menghabiskan percutian bersama-sama di Hawaiii minggu lalu selain kedua-duanya tinggal bersama di New York sejak kembali dari percutian itu.