Anda inginkan bibir pink yang menawan? Jikalau begitu anda pasti akan jatuh hati dengan Pelembap Bibir Sugar Lip terbaharu dari Mentholatum.
Menariknya, ia mempunyai formula yang amat unik dengan penggunaan ramuan resepi Gula Perang Kristal yang amat natural, menjaga kesihatan bibir dan mengunci kelembapan pada bibir untuk mengekalkan penghidratan bibir. Pengunaan yang kerap dapat memastikan bibir kekal lembap, lembut, licin dan kelihatan awet muda. Wow, siapa yang tak suka kalau bibir kita sentiasa merah, nampak manis sahaja.
Pelembap bibir Sugar Lip Lipbalm telah dicipta untuk membantu anda mencapai bibir pink semula jadi hanya dengan satu calitan. Bibir merah jambu dapat menyerikan seri wajah dan menyerlahkan kecantikan semula jadi seseorang. Pelembap bibir Sugar Lip didatangi dengan rangkaian 4 yang boleh dipakai pada bila-bila masa. Ia amat sesuai untuk menemai anda pada hari yang anda inginkan penampilan gaya yang lebih segar dan natural.
Bukan itu sahaja, selain ramuan gula perang, Sugar Lip Lipbalm juga dilengkapi dengan ramuan Super Hyaluronic Acid, Ceramide dan MaxiLip ™ untuk memberikan kelembapan yang berpanjangan dan memastikan bibir kekal halus dan anjal.
Mentholatum Sugar Lip ini boleh didapati dalam empat warna pink lembut untuk menyerlahkan kecantikan semula jadi alam semula jadi bibir anda. Warnanya terdiri daripada 01 Vintage Pink, 02 Dancing Pink, 03 Kissy Pink dan 04 Rock n Pink. Ia boleh didapati di semua farmasi terkemuka dan pasar raya utama pada harga RM15.80 (3g) setiap satu bermula Februari 2016.