Buat anda yang gilakan jeans atau denim, jenama fesyen sensasi lagi unik, MONKI tampil memperkenalkan koleksi Denim yang digelar MONKI DENIM ID ini merangkumi pelbagai rekaan pakaian yang berasaskan fabrik denim serta berperincian butang besi.
Daripada seluar berpotongan kaki lebar hinggalah kepada baju jenis sepersalianan lengkap dungarees, MONKI DENIM ID telah mencipta suatu pembaharuan dengan mengetengah fesyen gaya denim yang cukup versatile untuk para gadis kelihatan manis dan kekal menawan walaupun menggayakan pakaian dari fabrik denim yang sering disinonimkan dengan lelaki.
Setiap rekaan MONKI DENIM ID adalah berasaskan rekaan dan potongan moden jadi, tiada lagi masalah untuk anda menggayakan jeans dengan cara dan gaya yang paling menarik, di samping kelihatan trendy, sofistikated dan wow!
Keseluruhan koleksi ini hanya menggunakan 90% fabrik kapas organik dengan sedikit sentuhan mempersona.
Anda boleh dapatkan helaian dari koleksi MONKI DENIM ID di semua butik MONKI seleuruh negara pada harga yang sangat berpatutan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.monki.com