Shrek The Musical akan datang ke Malaysia buat kali pertama sebagai sebahagian daripada jelajah antarabangsa pertamanya.
“BIG FAT HIT!” akan dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur untuk musim yang terhad sahaja. Pementasan anjuran Base Entertainment Asia dijadualkan akan berlangsung pada 2 sehingga 5 Jun 2016.
“Matlamat kami adalah untuk membawa rancangan hiburan keluarga bertaraf dunia kepada rakyat Malaysia. Muzikal yang memenangi anugerah akan membawa watak-watak yang disayangi dari siri animasi dalam pengeluaran yang kelakar dan menkjubkan, terus dari Broadbway ke Kuala Lumpur.
Malah, lebih daripada 60 babak akan dipentaskan, 60 lampu bergerak dan kos persediaan yang mencecah sehingga USD 300,000, rakyat Malaysia pasti akan teruja menyaksikan pementasan Shrek The Musical ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Base Entertainment Asia, Chantal Prud’homme.
SHREK THE MUSICAL
- Tarikh – 2 hingga 5 Jun 2016
- Tempat – Istana Budaya, Kuala Lumpur
- Para Pelakon – Pelakon Antarabangsa
Harga Tiket:-
- GOLD – RM 851
- PREMIER – RM 581
- VVIP – RM 501
- VIP – RM 431
- CAT A – RM 221
- CAT B – RM 151
Anda boleh dapatkan tiket :-
- Internet – www.ticketcharge.com.my
- Telefon – +603 9222 8811
- PIC – Ticket Charge Outlets (Chamber Music, Eden Ultimate, Rock Corner, Vistoria Music Centre, Speedy, Neway Karaoke Box, 1Shamelin, PJ Live arts, The Mines).
Untuk info lanjut, anda boleh ke www.ticketcharge.com.my.