Baru-baru ini penulis berpeluang menghadiri Sesi Kecantikan Orkid innisfree di mana rangkaian Orkid dari Pulau Jeju yang menenangkan serta menawarkan sentuhan khusus untuk kecantikan malah mengekalkan kemudaan.
Orkid Jeju merupakan bungan yang cukup berharga, dikenali sebagai ‘Cold Growing Orchid’. Bunga ini kekal hidup semasa musim sejuk melampau di Jeju sebelum mekar berbunga waktu musim bunga. Dengan aroma yang menyenangkan serta kualiti antioksidannya, ia juga dijadikan bunga yang terbaik buat wanita yang mengidamkan kulit awet muda yang berseri.
Kisah Orkid Jeju berkisar keazaman untuk hidup. Ia juga menggambarkan kecantikan yang kekal abadi ketika menghadapi saat sukar untuk mekar. Seakan-akan kecantikan tidak ditentukan usia, penjagaan kulit harus bermula seawal mungkin.
Mulakan proses penyerian kulit anda dengan Orchid Skin, Orchid Enriched Essence dan Orchid Lotion. Seperti pembuka selera yang mengsetkan ton setiap hidangan anda, ini adalah tiga produk rangkaian Orkid untuk regim penjagaan kulit harian anda.
Orchid Skin – Toner yang menyegarkan dengan tekstur gel halus dilengkapi dengan Teknologi Rangkaian Gel bagi membantu anda mengekalkan kelembapan kulit selepas membasuh muka.
Orchid Enriched Essence – Campuran bahan-bahan semulajadi yang diekstrak daripada oat dan Orchid ElixirTM bukan sahaja menguatkan, malah menganjalkan kulit serta merta bagi mengekalkan kulit agar lembut, berseri dan menawan.
Orchid Lotion – Losyen yang ringan dengan tekstur cair dari minyak kelapa untuk khasiat kulit serta ketegangan di samping memberikan dua kebaikkan iaitu anti kedutan dan pencerahan.
Sajian utama pula, pilihlah dari Orchid Gel Cream, Orchid Enriched Cream atau Orchid Intense Cream. Sebagai elemen utama untuk proses penjagaan kulit, anda boleh pilih mana-mana satu yang sesuai untuk keperluan kulit anda.
Orchid Gel Cream – Krim yang menyegarkan dengan ekstrak Orkid Jeju, kompleks hijau Jeju dan Lecithin dalam tekstur memori jel separa-bentuk dicipta khusus untuk kulit wanita normal dan berminyak.
Orchid Enriched Cream – Krim yang kaya dan lembap dengan ekstrak Orkid Jeju, kompleks hijau Jeju dan ekstrak kacang hijau untuk menyeri dan menegangkan kulit. Sesuai untuk kulit normal dan kering.
Orchid Intense Cream – Krim yang diperkaya dengan Jojoba Ester, ekstrak Orkid Jeju dan kompleks hijau Jeju melicinkan tekstur kulit dan meningkatkan halangan semulajadi kulit terutama bagi mereka yang mempunyai kulit kering.
Bagi melengkapkan proses penjagaan kulit anda bagi menggunakan Orchid Eye Cream dan Orchid Massage Cream.
Orchid Eye Cream – Gabungan ekstrak Orkid Jeju, kompleks hijau Jeju dan kafein yang merawat area kulit sensitif di sekitar mata.
Orchid Massage Cream – Balsem bertekstur dengan campuran ekstrak Orkid Jeju, kompleks hijau Jeju dan minyak biji buih rumput melegakan kulit serta meningkatkan pengaliran darah dengan cara urutan.
Ketahui lebih lanjut tentang innisfree di Facebook Innisfree malaysia dan Instagram @innisfreeofficial.