Seorang ahli perniagaan terkemuka Austria dan pereka kaca mata Wilhelm Anger mula menubuhkan syarikat gogal sukan pada tahun 1956. Tanpa dia mengetahui, 60 tahun akan datang jenamanya bakal menjadi salah satu jenama rangkaian serta pengeluar kaca mata yang terkenal sehingga menjadi buah mulut penggemar aksesori pelengkap fesyen seantero dunia.
Wilhelm Anger dilihat bijak menamakan syarikatnya sebagai Carrera -dipinjam dari nama “Carerra Panamericana” iaitu merupakan satu acara lumba kereta yang berbahaya dan terlaju di dunia demi memberi impak inspirasi positif terhadap penubuhan syarikatnya itu.
Seperti cerita-cerita kejayaan yang lain, bukan mudah untuk Carrera menempa nama dalam bidang fesyen kaca mata ini. Sebelum namanya dikenali ramai, Carrera juga pernah menjalankan kerjasama bersama pereka automobil Ferdinand Alexander Porsche dalam menyumbang ciptaan gogal sukan ski yang pertama menggunakan teknologi lensa yang boleh ditukar dan dilaras pada tahun 1974.
Setelah beberapa dekad menyumbang inovasi kaca mata yang bukan sahaja bergaya, malah memiliki fungsi terbaik, 2016 adalah tanda lembaran untuk syarikat berkenaan melihat kembali segala usaha dan kejayaan lampau sehingga menjadikan sebuah jenama yang mahsyur di mana-mana.
Selain itu, Carrera juga mendapat tempat di hati para selebriti kacak Hollywood seperti Robert Reford, Brad Pitt, Leonardo Di Caprio dan Mark Ruffalo. Sejak tahun 1984, kaca mata rekaan dan keluaran Carrera selalu sahaja digayakan dalam drama serta filem seperti Scarface, Miami Vice dan Rush. Ini menunjukkan betapa versatile kaca mata dari jenama Carrera.
Bersempena sambutan ulang tahun kejayaan dan keberadaannya dalam industri fesyen aksesori dan kaca mata unggul, Carrera mencipta satu lagi rekaan yang lebih macho serta berupaya menyalurkan aura maskulin sejati kepada si pemakai. Rekaan baru itu adalah 124/S yang tidak ketinggalan menerapkan gaya reka bentuk jenis Boeing keluarannya 27 tahun yang lalu.
Kaca mata 124/S ini memiliki perincian bingkai yang lebih menonjol, kukuh dan tampak berani, sekaligus diterapkan dengan elemen moden yang dapat dilihat pada warna hijau lensa. Ianya sungguh unik!
Carrera 124/S akan mula berada di pasaran pada bulan April 2016 seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.carreraworld.com