Selain aksesori, beg tangan juga mampu membuatkan penampilan memukau. Beg tangan boleh melengkapkan penampilan seorang walaupun dia hanya mengenakan jeans bersama t-shirt putih.
Kali ini beg tangan bergaya untuk musim akan datang hadir dengan reka bentuk yang maskulin dan lebih sleek. Bentuk beg tangan yang statement mulai dari saddle beg, duffle beg sehinggalah tote antara yang menjadi pilihan beg tangan harus dimiliki.
Bukan itu sahaja, dengan perincian fur, embellishment dan studds sampailah cetakan haiwan menambah kesan bergaya pada beg tangan malah mencuri perhatian. Palet warna khas musim luruh menghadirkan pilihan warna gelap, navy, coklat dan beberapa warna terang.
Sebagai contoh, Alexander Wang yang hadir dengan boxy bag detail fur, Proenza Schoulder pula beg tangan dengan perincian luar biasa dan banyak lagi yang tidak kurang hebatnya.