Siapa sini yang menggemari mandian susu? Jika begitu, anda mempunyai persamaan dengan Cleopatra, Elizabeth 1 (England) dan Elisabeth (Bavaria). Tahukah anda selain bergelar pemerintah wanita teragung, mereka juga menggemari mandian susu kerana kepelbagaian kandungan yang mencantikkan kulit.
Mungkin ia kedengaran pelik tetapi mandian susu mengandungi lebih banyak faedah terutamanya untuk kulit berbanding mandian menggunakan air biasa. Ketika mandi, asid laktik semula jadi yang terdapat dalam susu membantu proses pengelupasan kulit bagi menyingkirkan sel-sel kulit mati sekali gus menjadikan kulit lebih lembut. Susu kaya dengan protein, mineral dan vitamin yang membantu menyihat dan melembapkan kulit.
NEW & TRENDY Milk Bath kini muncul dalam pek rekaan baharu. Ia menambahkan kepelbagaian faedah semula jadi ke dalam siri mandian susunya. NEW & TRENDY telah menyediakan rangkaian produk susu terbaik dengan faedah-faedah khusus bagi memenuhi keperluan setiap individu. NEW & TRENDY sesuai untuk kegunaan seisi keluarga.
Rangkaian NEW & TRENDY Milk Bath kini boleh didapati dalam 6 varian termasuk Ekstrak Lavender Baharu:
NEW & TRENDY Ekstrak Lavender (Melembap dan Menenangkan) – Gabungan ekstrak Lavender, protein susu, mineral dan vitamin yang menenangkan bagi membantu melega, melembap serta memberikan sensasi ketenangan kepada kulit.
NEW & TRENDY Susu Kambing (Menyihatkan) – Anugerah semula jadi alam berupa protein susu kambing dicampurkan bersama mineral dan vitamin untuk kulit yang lembut, licin dan lebih muda.
NEW & TRENDY Madu bersama Susu Almond (Melembap dan Melembutkan) – Kombinasi mengujakan antara madu, ekstrak almond, protein susu, mineral dan vitamin bagi membantu melicin, melembap dan melembutkan kulit.
NEW & TRENDY Ekstrak Manggis (Melembap and Mencerahkan Kulit) – Diformulasi khas menggunakan ekstrak manggis yang popular dengan kandungan antioksidan dan pencerah kulit serta disatukan bersama protein susu, mineral dan vitamin untuk kulit yang licin dan lebih cerah.
NEW & TRENDY Serbuk Mutiara (Mencerah dan Menyihatkan) – Dapatkan kulit yang sihat dan lebih cerah hasil daripada gabungan kesegaran air serbuk mutiara, protein susu, mineral dan vitamin.
NEW & TRENDY Ekstrak Ros (Melembut dan Melembapkan) – Kebaikan ekstrak ros, protein susu, mineral dan vitamin bagi membantu melega, melicin dan menyihatkan kulit untuk masa memanjakan diri yang lebih lama.
Rangkaian NEW & TRENDY Milk Bath
Mandian susu yang kaya dan mewah ini membantu membersihkan kulit anda dengan adunan tambahan haruman segar ketika memanjakan diri. Kulit anda akan menjadi lebih lembut, licin dan kelihatan lebih muda. NEW & TRENDY Milk Bath disediakan dalam saiz 950 ml dan dijual pada harga berpatutan RM8.90! Ia boleh didapati di semua pasar raya dan pasar raya besar seluruh negara.