Selebriti Hip Hop Kanye West yang juga merupakan suami kepada si seksi jelita Kim Kardashian itu membuka tirai 2016 dengan melancarkan versi kasut YEEZY BOOST 350 yang baru berikutan kerjasamanya bersama jenama barangan sukan Adidas Originals sejak tahun 2013.
Yeezey Boost 350 dalam warna hitam itu menggunakan material kait Primeknit upper yang dicipta khas menggunakan teknologi kejuruteraan Adidas terkini yang mampu memeluk struktur kaki seperti kulit kedua kepada kaki pemakai.
Tapak kasut yang direka menggunakan warna hitam senada itu dilengkapi dengan teknologi BOOST™ oleh Adidas. Ia berfungsi membekalkan keselesaaan kepada individu, meningkatkan prestasi serta kelihatan lebih bergaya.
Sepatu YEEZY BOOST 350 ini menggabungkan teknologi maju janaan Adidas sendiri dengan karakter estetika klasik, di samping memperkenalkan rekaan baru yang jauh lebih ideal.
YEEZY BOOST 350 akan dilancarkan hari ini, 19 Feruari 2016 menerusi laman adidas.com, berharga RM850 sepasang. Selain itu, jika anda berminat, anda juga boleh terus ke butik Adidas Originals yang berlokasi di Pavillion, Kuala Lumpur.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.adidas.com/KANYE.