Makanan, Tips - Makanan

Tips! Cara Nak Bagi Strawberi Tahan Lama & Segar

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix. Nak tahu tentangnya, pergi ke @lisaabdghani..
Tips! Cara Nak Bagi Strawberi Tahan Lama & Segar

Strawberi cepat sangat busuk? Tak tahan lama? Rasa lembek? Nah, ikut cara ini nak bagi strawberi yang anda baru beli tahan lama dan segar sentiasa.

Bagaimana untuk memilih strawberi:

  • Pilih buah yang tidak layu dan tanpa cacat.
  • Tekan strawberi untuk mengetahui kesegarannya, strawberi yang segar tidak lembek.
  • Perhatikan warna, mesti merah terang, jangan pilih warna yang kusam dan tidak berkilat.

Cara membersihkan strawberi:

  • Cuci bersih di air yang mengalir untuk membersihkan kotoran yang melekat pada strawberi.
  • Rendam dalam air yang diletak sedikit garam selama 2 minit lalu tapis sampai kering.
  • Buang bahagian busuk supaya strawberi tetap segar.

Cara menyimpan strawberi:

  • Setelah strawberi kering dan bersih, tuang semua buah strawberi ke dalam bekas kedap udara.
  • Simpan dalam peti ais. Cara ini akan membuat strawberi tetap segar selama 2-3 hari.
  • Bila ingin tahan lebih lama boleh disimpan dalam freezer agar boleh digunakan sebagai bahan ais krim atau jus segar bila-bila masa anda mahu.

Tips menjaga kesegaran strawberi sebelum digunakan:

  • Biasanya strawberi dijual dengan menyertakan daunnya. Pilihlah strawberi dengan warna daun hijau segar dan warna strawberi yang merah cerah. Saiz yang besar menandakan buah tersebut sihat dan kaya rasa.
  • Segera cuci dan simpan dalam peti sejuk di dalam bekas tertutup. Jangan taruh di luar sebab aromanya boleh pudar dan cepat kering.
  • Apabila hendak digunakan, sebaiknya strawberi terlebih dahulu diletakkan di tempat dengan suhu bilik. Ini untuk membantu penyerapan vitamin.
Foto - shambafresh.com
Foto – shambafresh.com

Satu lagi cara yang boleh dicuba dengan membasuh strawberi dengan cuka. Caranya dengan membasuh strawberi dalam larutan 1 cawan cuka untuk setiap 10 cawan air. Sebenarnya tidak kisah berapa nisbahnya, anda boleh juga agak-agak berapa ingin digunakan.

Rendam selama beberapa minit, kemudian tapis dan paling penting biarkan ianya betul-betul kering. Anda boleh keringkan dengan hanya menapis ataupun diletakkan pada tuala kering yang bersih, terpulang.

Letak dalam tupperware dan simpan di dalam peti sejuk seperti biasa.

Proses ini boleh digunakan untuk semua jenis beri. Dan jangan risau, anda tidak akan rasa cuka pada strawberi anda.

Sumber : 1 & 2

Leave a Reply
Your email address will not be published. *