Setiap kali diadakan acara karpet merah untuk mana-mana anugerah, selebriti dilihat berlumba-lumba untuk mengalahkan antara satu sama lain dari segi fesyen termasuklah fesyen yang pelik, tidak masuk akal.
Untuk Anugerah Grammy 2016 ini, ramai selebriti wanita dilihat mengenakan busana yang cukup anggun dan klasik sekali. Tetapi yang menjadi tumpuan adalah penyanyi pop hebat dunia, Taylor Swift.
Taylor Swift yang tiba di karpet merah bersama rakan baiknya Selena Gomez mengenakan busana yang cukup bold sekali, crop top rona oren bersama dress panjang shocking pink yang terbelah luas dari Atelier Versace.
Bukan itu sahaja, Taylor turut debut dengan gaya rambut yang baru yang lebih pendek. Cukup menarik dan garang sekali!
Jom tengok fesyen Taylor Swift di Grammy 2016. Yay or Nay?