Selain Caramel Macchiato, ini satu lagi kegemaran ramai orang Caramel Frappuccino! Lebih-lebih lagi disuruhnya letak extra karamel memang win!
Selalunya beli di kedai. Apa kata kali ini DIY sahaja di rumah. Ini resepi Caramel Frappuccino ala Starbucks yang ringkas dan mudah disediakan. Anda hanya perlu kisar kesemua bahan sahaja.
Kuantiti untuk seorang
Bahan:
- 1 cawan besar ais kiub
- 2 shots espresso, sejuk (atau ⅓ cawan kopi yang dibancuh, sejuk)
- ½ cawan susu, sejuk
- 1 sudu besar sos karamel
- 3 sudu besar sirap karamel (45ml)
- Xanthan gum, pilihan
Topping
- Krim putar
- Sos karamel
Arahan
- Dalam pengisar, masukkan 1 cawan ais kiub dan 2 shots espresso. Anda juga boleh gunakan ⅓ cawan bancuhan kopi. Jika anda menggunakan kapsul Nespresso, anda hanya mengambil kapsul intensiti sederhana. Kemudian ½ cawan susu sejuk, mana-mana susu yang anda mahu. Masukkan 1 sudu besar sos karamel. Dan masukkan 3 sudu besar sirap karamel bergantung kepada pilihan anda. Kemudian masukkan hanya secubit Xanthan gum, ini adalah pilihan.
- Kisar kesemuanya, kira-kira 30 saat.
- Nak sedap, diatasnya letak krim putar dan sos karamel.
Nota
Xanthan gum adalah hasil sampingan penapaian glukosa atau sukrosa. Apabila ia ditambah ke dalam cecair, ia akan menjadi ‘gam’ yang akan memekatkan minuman.