ZALORA, destinasi fesyen atas talian di Asia, dengan kerjasama peruncit fesyen terkemuka, Wing Tai Retail, mengumumkan pelancaran label fesyen UK iaitu Koleksi Miss Selfridge Spring / Summer 2016 di ZALORA. Koleksi baru tersebut boleh dibeli di seluruh Singapura, Malaysia, Hong Kong dan Taiwan melalui laman web ZALORA dan aplikasi mudah alih bermula 5 Februari 2016.
Terkenal dengan sentiasa menyediakan pilihan fesyen yang terkini dan menarik, Koleksi Miss Selfridge Spring / Summer 2016 meraikan kemunculan semula gaya bohemian yang feminin dengan koleksi ala gipsi yang unik dan tersedia dalam pilihan warna-warna lembut semulajadi.
Diinspirasi daripada alam semula jadi dan pada masa yang sama mengekalkan identiti jenama tersebut, koleksi kali ini menampilkan cetakan bunga botani, renda yang vintaj dan juga sulaman. Para pelanggan ZALORA bakal disajikan dengan koleksi fesyen feminin yang memberikan keyakinan daripada penggayaan koleksi playsuits dengan lengan berpotongan loceng, crop tops, dress labuh dan aneka dress lain dengan rekaan ala gipsi.
Koleksi Miss Selfridge Spring / Summer 2016 muncul buat pertama kali di ZALORA pada 5 hb Februari 2016. Di ZALORA, peminat gaya boho yang romantis boleh menikmati penghantaran percuma atas pembelian tertentu serta pelbagai kaedah pembayaran ditawarkan termasuk bayar waktu terima.