Sambutan Hari Kekasih tahun ini akan menjadi lebih istimewa apabila dua mercu tanda ikonik di Hong Kong akan bertukar menjadi lapangan yang diterangi lautan bunga ros bercahaya. Ia dilihat sebagai satu inisiatif global yang digelar “Light Rose Garden”.
Permulaannya, pemasangan latar romantik ini telah dilakukan di Dongdaemun Design Plaza, Seoul kerana minggu fesyen Seoul sedang berlaku ketika itu dan ia telah diereka khas oleh sebuah badan agensi kreatif PANCOM.
Sebagai sebuah destinasi pelancongan yang mendapat sambutan daripada kunjungan antarabangsa saban tahun, pemasangan latar itu merangkumi 25 batang ros LED buatan kalis air yang ditanam pada setiap satu meter persegi. Oleh itu, bagi memenuhi segenap kawasan itu, ia memerlukan hampir 25,000 secara keseluruhan.
Dengan terbentangnya kawasan yang dipenuhi ros putih itu, ia secara tidak langsung telah menyumbang dua pemadangan berbeza kepada para pengunjung. Di waktu pagi, ia seolah memancarkan suatu pemandangan yang memukau , ditambah pula dengan latar bak lukisan kanvas Victoria Harbour. Sungguh menarik!
Apabila waktu malam menjelma, kawasan berkenaan terus bertukar menjadi sumber cahaya maksima berupa kumpulan bintang di langit yang cukup terang dan bergermelapan!
Fasa pertama pemancaran ros LED akan berlangsung dari 14 hingga 16 Februari akan datang. Ia akan berlaku di sekitar kawasan tengah dan barat di daerah tempat orang ramai bersiar-siar. Siap sedia untuk dikagumkan dengan momen paling romantis sambil berlatar belakangkan pemandangan Victoria Harbour yang menawan.
Dari 20 hingga 22 Februari pula, lapangan tumbuhan ros cahaya berkenaan akan dipindahkan ke Tamar Park sebagai pelengkap kepada acara tahunan fetsival lampu dan tanglung, yang juga dikenali sebagai majlis sambutan Hari Kekasih dalam kalangan bangsa Cina. Selain itu, pengunjung berpeluang merakam imej detik indah mereka bersama pemandangan “Light Rose Garden” di sebuah sudut fotografi yang disediakan.
Untuk maklumat lanjut berkenaan acara hebat yangakan lebih menghangatkan sambutan Valentine’s Day anda tahun ini, sila layari www.discoverhongkong.com.