Gedung membeli-belah Mistsui Outlet Park KLIA yang sedang hangat menjadi buah mulut para shopaholics seantero Malaysia kini gigih menawarkan potongan harga sehingga 90% bersempena sambutan Tahun Baru Cina!
Bermula 16 Januari hingga 21 Februari 2016, anda bisa membeli-belah sehingga ‘mabuk’ apabila melihat kesemua barangan berjenama ditawarkan pada harga promosi yang sangat gempak! Mitsui Outlet Park KLIA membuka peluang untuk rakyat tempatan membeli-belah dari pelbagai seleksi barangan menarik sebagai persiapan menyambut perayaan istimewa itu.
Khas buat pengunjung yang dikasihi, Mitsui menyisipkan gaya tradisi sambutan berkenaan dengan menghiasi bangunan pusat membeli-belah dengan warna-warni terang, terdiri dari rona merah dan emas yang sinonim dengan konsep Tahun Baru Cina, manakala patung monyet pula bakal menjadi tarikan utama musim perayaan Lunar 2016 ini.
Dari 16 Januari hingga 14 Februari, para pelanggan layak untuk menebus 1 set sampul wang merah edisi terhad jika berbelanja lebih daripada RM100 di Mitsui Outlet Park KLIA. Selain itu, pengunjung juga boleh berjumpa dengan dewa kemakmuran (God of Prosperity) sewaktu tinjauan mesranya di sekitar pusat membeli-belah pada hari sabtu 30 Januari dan Ahad 31 Januari ini.
Nak lagi hiburan, anda dan keluarga boleh pergi ke kawasan Sunshine Square, jam 3pm pada hari minggu yang sama untuk peluang menonton pertunjukkan bertenaga, diselangi kemahiran akrobatik daripada penghibur yang menjayakan persembahan tarian singa.
Mitsui Outlet Park KLIA ingin menjadi peneraju lokasi membeli-belah pilihan ramai di Malaysia, lantas itu ia bangkit cuba untuk memperomosikan keterbukaan dengan menawarkan pelbagai tawaran hebat yang bisa menambat hati pelanggan.
Tetapi bersempena sambutan Tahun Baru Cina yang gilang-gemilang, Mitsui dengan bermurah hati tampil memberikan diskaun sehingga 90% buat para pengunjung serta pelanggan yang ingin memenuhi kelengkapan dan keperluan Tahun Baru Cina 2016 secara lengkap, malah teratur. Dari pakaian, keperluan kesihatan, kosmetik, perkakas rumah, semuanya anda boleh dapatkan di Mitsui.
Jika anda membutuhkan jenama fesyen antarabangsa untuk gaya fesyen Tahun Baru Cina yang lebih up-to-date, anda dan keluarga bisa mengunjungi butik Hugo Boss, Bally, Polo Ralph Lauren, Outlet by Club 21, Aigner, Versace, Swarovski, Adidas, Guess, Topshop, Superdry dan banyak lagi!
Tidak lupa, buat anda yang dahaga dan lapar setelah penat membeli belah, terdapat perpuluh pilihan restoran serta kafe yang menyediakan menu hebat untuk anda nikmati bersama.
Buat si pengembara tegar, sementara menunggu masa penerbangan di KLIA, anda bolehlah singgah sebentar di Mitsui untuk melihat-lihat apa yang menarik. Anda mungkin boleh membeli beberapa cenderamata istimewa yang berlatarkan ciri Malaysia buat yang nun di tanah air. Mitsui turut dilengkapi sistem paparan informasi penerbangan, servis check-in penerbangan dan fasiliti penyimpanan bagasi percuma, selain menyediakan perkhidmatan pengangkutan shuttle dari KLIA ke KLIA2.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mitsuioutletparkklia.com.my atau lawat laman Facebook di www.facebook.com/MOPKLIA