Mahukah anda menonton video Britney Spears beraksi ‘panas’ sambil hanya menggayakan bikini seksi berwarna hitam dengan lenggok yang sungguh menghairahkan? Ratu pop itu sememangnya buat ramai netizen terbeliak mata sejak Isnin lalu!
Britney yang tidak banyak mulut sejak kebelakangan ini dengan secara tiba-tiba tanpa segan silu memuat naik beberapa potong rakaman dirinya yang dilihat menari secara gerak perlahan tanpa memakai pakaian sewajarnya melainkan hanya berbikini seksi. WOW! Adakah ini komersial bagi persembahan yang bakal beliau adakan di Vegas semata-mata atau mungkin sneak peak terhadap video muzik single terbarunya? Hmm
Kesemua lagu latar bagi rakaman video berkenaan telah ditetapkan dengan lagu irama country S.O.B dendangan Nathaniel Rateliff & The Night Sweats.
Klik pada pautan untuk tonton: Klip 1
Klik pada pautan untuk tonton: Klip 2
Klik pada pautan untuk tonton: Klip 3
Minggu sudah, Britney buat semua pengikut serta warga internet naik gila apabila dia bertindak memuat naik rakaman dirinya sedang menjalani latihan nyanyian, mendendangkan lagu “Breathe on Me”. Video terbaru itu juga telah menimbulkan reaksi yang sama daripada golongan warga media serta para peminatnya.
Ini secara tidak langsung menimbulkan tanya tanya, apakah benar beliau ingin kemabali aktif dalam arena seni?
“Saya perlukan ubat sedut”, jelas salah seorang pengikut Instagram Britney.
“Apa yang sedang berlaku dalam video ini sebenarnya?” tanya seorang individu, merujuk kepada rakaman video seksi Britney berkenaan sambil diselangi “WTF” untuk menggambarkan perasaan takjub mereka.
@britneyspears is this your new music video ? Ps. wtf is with the song ?😂 https://t.co/laJvIvD2SF
— liam. (@liammcgregor05) January 26, 2016
https://twitter.com/ismfbs/status/691750796547985409?ref_src=twsrc%5Etfw
everybody go check @britneyspears 's instagram now. wtf with all those videos 😱😱😱😱
— SAUFY (@saufydoffy) January 25, 2016
Walau bagaimanapun, tiada sesiapa tahu apa tujuan sebenar rakaman klip video berkenaan dilakukan. Yang pasti, Britney Spears masih kelihatan anggun dan ‘bergetah’ seperti biasa!