Anda pasti tertawan melihat penampilan flawless para supermodel di pentas peragaan, bukan?
Di atas pentas peragaan, supermodel ini berjalan anggun dibalut busana mewah pereka fesyen hebat, ditambah dengan solekan yang membuatkan mereka sempurna.
Tentu sahaja, kesempurnaan itu tidak tercipta dengan sendirinya. Ia merupakan hasil tangan kreatif dari para mekap artis yang bertungkus lumus memastikan penampilan mereka ini cantik dari kepala sehinggalah ke kaki.
Jadi, bagi anda ingin tampil cantik bak supermodel ini, berikut beberapa tips dan trik dari mekap artis.
#Bibir – How to get stunning lips? Pakai warna apa sekalipun, bibir masih terlihat cantik sahaja, tidak kering, tahan sepanjang hari. Menurut Luc Bouchard, mulakan dengan meletak lip balm, sapu bibir dengan dua campuran lip liner/lipstick berwarna pilihan dengan tangan. Terakhir, gunakan petroleum jelly agar bibir kelihatan mulus dan lap bibir dengan tisu.
#Kuku – Sering berganti warna kuku boleh membuatkan kuku kekuningan dan pucat. Manicurist, Jackie Saulsbery berikan tips – celupkan jari ke limau yang telah dipotong selama lima minit. Kandungan dalam limau dapat mencerahkan warna kuku secara serta-merta!
#Concealer – Menurut Lisa Butler, setiap wanita memerlukan dua concealer – satu di kawasan wajah yang lebih cerah dan satu lagi untuk wajah yang lebih gelap seperti di bahagian bawah mata. Gunakan berus kecil ketika mengaplikasikan concealer dan ratakan dengan jari.
#Rambut – Detoksifikasi rambut sangat penting agar rambut terbebas dari bahan-bahan kimia yang boleh memudaratkan kulit kepala. Untuk melakukannya, jurugaya rambut, Ted Gibson punya tips yang mudah – hanya campurkan satu sudu teh cuka ke botol syampu, goncangkan. Cukup gunakan seminggu sekali.
#Wajah tidak kusam – Mekap artis, Lisa Butler menyarankan agar menyapu pembayang mata berwarna emas di bahagian tengah kelopak mata mulai dari hujung garis mata ke hujung lipatan mata. Gunakan satu warna sahaja untuk penampilan di siang hari. Sebagai alternatif, anda juga boleh menggunakan shimmer di bahagian dalam mata dekat ke hidung agar matamu kelihatan segar.