Filem animasi baru dari Walt Disney Pictures yang mesti anda tonton adalah Zootopia. Apa kelainan Zootopia?
Zootopia mengisahkan seekor musang bernama Nick Wilde tinggal di bandar Zootopia yang terbahagi kepada empat kawasan iaitu Tundratown, Sahara Square, Little Rodenta, dan Burrowborough. Wilde perlu mencari jalan keluar apabila dia dituduh melakukan satu jenayah yang tidak dilakukannya. Seekor arnab, Lt. Judy Hopps, yang juga anggota polis di bandar tersebut cuba untuk menjejaki musuh sebenar dan mendapati dirinya terpaksa bekerjasama dengan Wilde.
Filem animasi bergenre aksi dan komedi ini dibarisi oleh Jason Bateman, Ginnifer Goodwin, Shakira, Idris Elba, J.K. Simmons, Octavia Spencer, Bonnie Hunt.
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 25 Februari 2016
Genre: Aksi / Komedi / Animasi
Durasi: NA
Pengedar: WALT DISNEY PICTURES
Pelakon: Jason Bateman, Ginnifer Goodwin, Shakira, Idris Elba, J.K. Simmons, Octavia Spencer, Bonnie Hunt
Pengarah: Byron Howard, Rich Moore
Format: 2D