Hello para pembaca yang disayangi,
Hari ini Wanista baik hati nak ajar anda semua resepi-resepi baru yang menarik bersempena Valentine’s Day yang bakal tiba tidak lama lagi!
Tidak semestinya anda menyambut Hari Kekasih untuk kekasih sahaja tahu? Anda mungkin juga boleh memasak resepi-resepi ini untuk hidangan majlis keraian mahupun demi memuaskan keinginan selera anda sendiri. Dah sedia? Jom belajar!
Kek Coklat Leleh
Bahan-Bahan:
- 10 auns coklat separa manis /pahit-manis (dicincang)
- 4 sudu makan Butter tanpa garam
- 5 biji telur
- 1/2 cawan gula
- 3/4 tepung serbaguna
- 1 1/2 camca teh serbuk penaik
- 1/8 camca teh garam
- Sos karamel
- Ais krim kopi
Cara-Cara:
- Panaskan ketuhar sehingga 325° F. Semburkan semburan memasak minyak sayur pada tin muffin anda.
- Cairkan coklat bersama butter dalam mangkuk yang diletakkan di atas air mendidih. Pastikan air didihan itu telah diasingkan dari api dapur.
- Dengan mesin pemukul, pukul telur denga gula pada putaran serderhana-tinggi sehingga ianya menjadi ringan dan gebu. Campurkan tepung, serbuk penaik, garam dan coklat cair itu tadi. Perlahan-lahan kacau adunan dengan sudu (satu arah) sehingga sebati.
- Bahagikan campuran sama rata mengikut bilangan tin muffin anda dan bakar sehingga kek berkenaan masak sempurna selama 15 minit.
- Kek itu akan kelihatan lembab di atas. Keluarkan tin atau acuan muffin itu daripada ketuhar dan biarkan ia sejuk selama 5 minit. Hidangkan ketika masih hangat bersama curahan sos karamel dan ais krim.
Raspberry Fool
Bahan-bahan:
- 1/2 cawan jam Raspberry
- 1 1/4 cawan krim berat
- 1 sudu gula
- 1 cawan buah Raspberry segar
- 4 keping biskut pilihan anda
Cara-Cara:
- Dalam mangkuk besar, pukul krim berat bersama gula sehingga campuran menjadi pekat.
- Dalam mangkuk lain, kacau jam sehingga menjadi halus dan masukkan ke dalam campuran krim itu tadi. (Kacaukan dengan lembut dalam gerakkan satu arah agar tekstur krim tidak rosak).
- Hidangkan bersama biskut dan buah Raspberry segar.
Souffle Oren
Bahan-Bahan:
- 3 sudu butter
- 3 sudu gula
- 2 camca teh tepung
- 1/4 cawan susu
- 2 sudu estrak jus oren
- 1 sudu hirisan kulit oren segar
- 2 biji kuning telur
- 2 biji putih telur
- Secubit garam
Cara-Cara:
- Panaskan ketuhar pada 375° F. Sapukan satu 16 auns atau 8 auns bekas “ramekin” dengan satu sudu butter. Kemudian salutkan bekas itu bersama gula dan ketuk sedikit untuk buang lebihan gula yang tertanggal. Letak tepi.
- Cairkan lebihan butter dalam kuali sos pada suhu serdehana panas dan kacau bersama tepung. Masukkan pula susu dan sambung kacau sehingga ia menggelegak. Kacau selalu.
- Alihkan campuran daripada api. Masukkan pula hirisan kulit oren. Pukul bersama kuning telur satu demi satu. Letak tepi. Jika anda nak biarkan ia disimpan sehari pun boleh tetapi pastikan adunan ditutup dengan plastik pembalut makanan dan diletakkan dalam peti sejuk.
- Pukul putih telur, garam, krim tartar dan lebihan 2 sudu gula sehingga mengembang (tidak kering). Tuangkan sos susu dan tepung tadi ke dalam adunan putih telur ini, perlahan-lahan kacau ia pada satu arah agar tekstur tidak rosak. Skop ke dalam bekas “ramekin” .
- Bakar sehingga souffle mengembung dan perang. 40 minit untuk souffle 16 auns dan 20 minit untuk souffle yang kecil.
- Hidangkan segera bersama sos kastard. Cucuk tengah-tengah souffle untuk dituangkan sos kastard.
Puding Coklat Lazat
Bahan-Bahan:
- 1/4 cawan gula
- 1/4 cawan tepung jagung
- 2 sudu serbuk koko tanpa gula
- Secubit garam
- 2 cawan susu segar
- 4 biji kuning telur
- 2 sudu butter tanpa garam, dipotong beberapa bahagian
- 3 auns coklat separa manis, cincang
- 1 camca teh estrak asli Vanilla
- Krim putar untuk hiasan
Cara-Cara:
- Letakkan jaring pengayak diatas mangkuk serdehana besar.
- Dengan menggunakan kuali sos, larutkan campuran gula, tepung jagung, serbuk koko dan garam sehingga sebati. Masukkan susu berselang-seli dengan telur ke dalam campuran, sedikit demi sedikit.
- Masak campuran susu di atas api serdehana, kacau selalu sehingga ia memekat seperti mayonnaise selama 7 to 8 minit.
- Teruskan mengacau, memasak campuran selama 1 minit lagi. Alihkan kuali dari api, lalu tuangkan campuran panas itu ke dalam mangkuk yang telah disediakan terlebih dahulu tadi melalui jaring pengayak.
- Gunakan sudu atau spatula getah untuk menolak cecair lebihan masuk melalui jaring pengayak. Tambahkan butter dan coklat ke dalam campuran berkenaan. Kacau sehingga coklat cair. Masukkan estrak Vanilla.
- Lapiskan lapisan plastik pembalut betul-betul di atas permukaan cecair campuran puding yang telah siap sebati, masukkan ia ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama 2 jam hingga 2 hari.
- Sebelum menghidang, kacau perlahan puding berkenaan untuk memmisahkan teksturnya. Hidangkan bersama krim putar.
Tiramisu Beku
Bahan-Bahan:
- 1 sudu gula
- 1/2 cawan kopi Espresso
- 14 biskut ladyfingers (4 auns)
- 2 skop ais krim Vanilla
Cara-Cara:
- Larutkan gula di dalam kopi Espresso, sejukkan. Celupkan biskut ladyfingers satu demi satu ke dalam campuran kopi dan susun ia pada acuan pembakar secara teratur dan tersusun.
- Skop ais krim dan masukkan ia ke dalam mesin pemutar untuk diadun dan dipukul sehingga lembut tetapi masih lagi mengekalkan bentuknya selama 2 minit. sapu pada biskut ladyfingers yang telah siaop dicelup untuk menghasilkan permukaan rata dan licin. Bekukan sehingga keras selama 2 jam atau semalaman (jika semalaman, tutup bekas dengan plastik yang kedap sejuk)
- Biarkan ia cair dan lembut sebentar sebelum anda menghidangkannya dalam mangkuk.
Meringues Espresso Celup Coklat
Bahan-Bahan:
- 2 biji putih telur besar
- 1 camca teh estrak Vanilla asli
- 1 camca teh serbuk espresso segera
- 1/4 sudu garam kosher
- Secubit krim tartar
- 1/2 cawan gula
- 4 auns coklat manis-pahit, cairkan dan sejukkan pada suhu bilik
Cara-Cara:
- Panaskan ketuhar pada 200° F.
- Gunakan mesin pemukul tangan elektrik, pukul putih telur bersama estrak Vanilla, serbuk espresso, garam dan krim tartar pada kadar putaran serdehana sehingga ia menjadi ringan. Masukkan gula sedikit demi sedikit ke dalam campuran yang sedang dipukul, naikkan kadar putaran kepada putaran yang paling laju sehingga campuran nampak ringan serta berkilat.
- Gunakan sudu untuk mengaut campuran dan letakkan ia di atas helaian kertas pembakar, jarakkan 1 inci antara satu skop dengan skop yang lain supaya ia tidak bersambung nanti.
- Bakar sehingga ianya rangup, kering dan keras selama 2 jam. (Meringues akan benar-benar masak apabila ianya senang dialihkan tanpa melekat pada kertas pembakar.
- Tanpa perlu mengalihkan dulang keluar, matikan ketuhar, biarkan pintu ketuhar terbuka supaya udara dapat menyejukkan meringues berkenaan selama 1 jam.
- Setelah itu, alihkan kertas pembakar bersama meringues dan letakkan ia pada jaring penyejuk untuk sejuk sepenuhnya.
- Angkat meringues daripada kertas pembakar dan celupkan satu bahagian ke dalam coklat cair.
- Letakkan kembali meringues yang siap dicelup ke atas kertas pembakar dan sejukkan ia dalam peti sejuk selama 20-30 minit.
- Simpan biskut dalam bekas atau balang kedap udara selama 3 hari.
Raspberry Powder Puff
Bahan-Bahan:
- 4 biji putih telur
- 1 cawan gula
- 1 camca teh hirisan kulit oren
- 1 camca teh estrak Vanilla
- 1 cawan tepung serbaguna
- 1 camca teh serbuk penaik
- 1 cawan krim masam
- 1/3 cawan perisa buah Raspberrry
- Gula kastor/aising untuk hiasan tabur
Cara-Cara:
- Panaskan ketuhar pada suhu 350° F.
- Gunakan pemutar elektrik, pukul putih telur pada kadar putaran laju sehingga ringan selama 1 1/2 minit. Sambil mesin diputarkan, perlahan-lahan campurkan gula. Sambung memukul sehingga campuran meringan, berkilat selama 1 minit. Tambahkan hirisan kulit oren serta estrak Vanilla.
- Dalam mangkuk yang kecil, campurkan tepung dan serbuk penaik. Kacau perlahan-lahan campuran tepung dalam satu arah sehingga tiada lagi sisa gumpalan serbuk tepung putih kelihatan. Kaut kesemua campuran ke dalam beg plastik yang boleh di zip (beg sandwich). Gunting penghujung bucu beg plastik berkenaan dan lakukan bentuk bulat berkelebaran1/2 inci.
- Di atas kertas pembakar, paipkan cecair adunan sebesar 50sen. Bakar sehingga ianya mengembang dan berwarna keemasan. Alihkan ke jaring penyejuk.
- Sementara itu, di dalam mangkuk kecil, campurkan krim masam bersama perisa Raspberry. Sapu adunan krim itu di antara puff. Jadikan ianya seperti sandwich.
- Taburkan gula kastor/asing sebelum dihidang.
Puding Roti Croissant & Coklat
Bahan-Bahan:
- Butter tanpa garam untuk membakar
- 6 biji kuning telur besar
- 2 cawan susu segar
- 1 cawan krim berat
- 1 cawan gula
- 1 camca teh estrak Vanilla asli
- 1/2 camca teh garam kosher
- 1/2 camca teh serbuk buah pala
- 6 roti croissant, dipotong sebesar 1 inci setiap satu
- 4 auns coklat manis-pahit, dipotong tebal
Cara-Cara:
- Panaskan ketuhar pada suhu 375° F. Sapukan butter pada bekas membakar untuk puding roti anda.
- Dalam mangkuk besar, pukul bersama kuning telur, susu, gula, estrak Vanilla, garam dan serbuk buah pala. Masukkan roti Croissant dan coklat, gabungkan kesemua bahan menjadi satu adunan sebati.
- Alihkan adunan kedalam bekas membakar yang telah siap disapu butter. Bakar selama 30-40 minit.
- Cuba cucuk puding dengan pisau untuk lihat sama ada ianya telah benar-benar masak. Hidang.
French Toast Dengan Curahan Sirap Raspberry
Bahan-Bahan:
- 1 biji telur besar
- 1/2 cawan susu rendah lemak
- 1/4 camca teh serbuk kayu manis
- 4 keping roti gandum tebal
- 1 sudu butter tanpa garam
- 2 sudu sirap maple
- 2 sudu jam Raspberry
- Gula aising untuk hiasan tabur
Cara-Cara:
- Pukul telur, susu dan serbuk kayu manis bersama sehingga sebati. Celupkan roti dalam bancuhan telur itu tadi.
- Cairkan butter dalam kuali tidak melekat diatas api serdehana, masak roti sehingga berwarna keemasan selama 2-3 minit setiap satu permukaan.
- Sementara itu, dalam mangkuk kecil, gabungkan sirap maple dan jam Raspberry.
- Taburkan gula aising diatas permukaan roti yang telah siap digoreng tohor dan curahkan campuran cecair sirap dan jam.
Selamat Menjamu Selera Secara Romantis!