Berita & Isu Semasa, Hiburan

Disney Tangguh Tayangan Filem Star Wars: Episode VIII

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Disney Tangguh Tayangan Filem Star Wars: Episode VIII

Studio Disney dan Lucasfilm hari ini mengumumkan bahawa filem Star Wars siri terbaru, Star Wars:Episode VIII, yang sepatutnya ditayangkan pada Mei 2017 akan ditangguhkan kepada 15 Disember 2017.

IKLAN
Foto -Youtube
Star Wars: The Force Awakens. Foto -Youtube

Bagaimanapun, syarikat produksi tersebut tidak mendedahkan punca utama keputusan penangguhan ini, namun menegaskan kejayaan Star Wars: The Force Awakens yang memecahkan rekod box office pada Disember lalu sememangnya satu pencapaian hebatnya.

Filem itu telah berjaya meraih kutipan lebih dari AS$861 juta di Amerika Utara serta AS$189 juta di pasaran global.

Filem itu telah berjaya meraih kutipan lebih dari AS$861 juta di Amerika Utara serta AS$189 juta secara global. - Foto Disney & Lucasfilm
Filem itu telah berjaya meraih kutipan lebih dari AS$861 juta di Amerika Utara serta AS$189 juta secara global. – Foto Disney & Lucasfilm

Malah, pengarah filem Episode VIII, Rian Johnson juga ingin melakukan sedikit perubahan dalam produksi filem terbaru itu.

Pasukan filem itu akan memulakan penggambaran utama mereka di London pada bulan depan.

SUMBER