Berita & Isu Semasa

Planet Kesembilan Betul-Betul Wujud?

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Planet Kesembilan Betul-Betul Wujud?

Difahamkan, ahli astronomi Amerika Syarikat (AS) mendakwa mereka mempunyai bukti kewujudan planet kesembilan yang mempunyai orbit lebih besar daripada dari Pluto.

IKLAN

Laporan BBC mengatakan pasukan ahli astronomi dari California Institute of Technology (Caltech) tersebut juga mendakwa planet kesembilan mempunyai saiz 10 kali lebih besar dari Bumi.

Bagaimanapun, kedudukan planet berkenaan yang terlalu jauh menyebabkan posisi sebenar planet tersebut di langit gagal dipastikan.

“Terdapat banyak teleskop di Bumi yang boleh digunakan untuk mencarinya,” kata Dr Mike Brown.

Menurut Dr Mike, beliau berharap orang awam akan mula (menggunakan teleskop) untuk mencari sendiri planet kesembilan tersebut.

Planet kesembilan berkenaan yang tidak mempunyai sebarang nama sehingga kini dilaporkan mempunyai orbit pusingan 20 kali lebih jauh  dari mana-mana orbit planet dalam sistem suria.

Neptune sebelum ini memegang rekod orbit paling jauh iaitu berjarak 4.5 bilion kilometer dari matahari.

Planet kesembilan tersebut juga dikatakan mengambil masa 10,000 hingga 20,000 tahun untuk menghabiskan satu pusingan orbit mengelilingi matahari.

Kebolehan Dr Mike dalam mengesan objek pada jarak jauh merupakan sebab utama Pluto yang merupakan planet kesembilan sebelum ini ‘diturunkan pangkat’ menjadi planet kecil pada 2006 dan terkeluar dari senarai rasmi planet di sistem suria.

IKLAN

Tahun sebelumnya, Dr Mike mengesan ‘kumpulan objek’ atau ‘belt’ iaitu Kuiper Belt yang mengandungi objek dikenali sebagai Eris, Sedna dan Quaoar yang menyerupai ciri-ciri Pluto.

SUMBER