Siapa kata stoking hanya boleh dipakai dengan sneakers sahaja, ataupun ianya bertujuan untuk functional bukannya fashionable?
Memasuki tahun 2016 ini sering kita lihat bintang fesyen jalanan malah sehinggakan ikon fesyen Rihanna memakai tumit tinggi dengan cara baru ini yang quirky tetapi kelihatan lebih bergaya.
Pilih sepasang stoking dengan cetakan yang fun, kreatif ataupun tekstur menarik untuk dipakai dengan tumit tinggi anda.
Malah, pakaian yang agak besar dan outerwear akan membuatkan penampilan dengan stoking serta tumit tinggi kelihatan lebih stailo.
Perlu sedikit inspirasi untuk membantu anda? Ataupun anda rasa fesyen ini ‘hell yes @ hell no’?