Satu saman telah dikeluarkan terhadap pelembab bibir yang digemari ramai EOS lip balm kerana produk itu dikatakan menjejaskan bibir pengguna sehingga menyebabkan kawasan disekitar bibir melecet serta timbulnya ruam kritikal.
Pelembab bibir EOS adalah satu-satunya produk keluaran farmasi yang paling mendapat perhatian masyarakat di pasaran, malah selebriti A-list terkemuka seperti Miley Cyrus dan Kim Kardashian juga gemar menggunakannya.
Selain comel dan berwarna-warni, bekas bentuk telur yang licin itu menjadi sisi utama produk berkenaan. Ia cuma berharga $2.99 seunit tetapi masih mampu menjadi produk ruji yang dianggap magis dan bagus, sebagai pelengkap rutin kecantikkan harian golongan remaja perempuan dan para blogger kecantikkan.
Untuk pengetahuan anda lagi, jenama pelembab bibir EOS mempunyai sehingga 1.3 Juta pengikut di akaun Instagram. Ini menunjukkan betapa hebatnya gambaran yang diberikan oleh produk itu kepada para peminatnya.
Pelembab bibir hebat ini telah wujud diperkenalkan sejak tahun 2009 dan berjaya memajukan jenamanya sebagai satu keperluan yang didamba oleh semua kaum wanita seluruh dunia!
Evolutionofsmooth.com misalnya pernah menerangkan fakta yang bisa menarik hati pembaca dengan menyatakan bahawa, EOS menjanjikan hasil lumayan, iaitu menjadikan permukaan bibir lembut bak sutera dan akan bisa memancarkan aura kecantikkan ilusi bibir mungil kepada si pemakai.
Tetapi, apa yang menjadi mimpi ngeri bagi produk EOS kini adalah mereka perlu berhadapan dengan aduan berbaur negativiti yang telah dilakukan oleh seorang pengguna malang ini. Bukan wanita itu seorang sahaja yang pernah mengalami pengalaman yang buruk tetang penggunaan EOS sebelum ini, terdapat beberapa individu lain yang turut senasib, menghadapi masalah yang sama apabila menggunakan EOS.
Persoalannya kini adalah, adakah EOS benar-benar mengandungi bahan yang berbahaya atau ia bergantung kepada kulit bibir pengguna itu sendiri? Kebanyakkan pengadu membuat dakwaan bahawa dengan tidak semena-mena bibir mereka menjadi merekah, melecet serta beruam sehingga menjejaskan penampilan mereka setelah menggunakan EOS.
Yang terkini, tindakan kelas saman terhadap syarikat pengeluar pelembab bibir jenama berkenaan telah difailkan oleh peguam bela Mark Geragos.
Anak guam Geragos, Rachel Cronin mendakwa produk berkenaan memberi iritasi yang teruk kepada bibir serta kawasan disekitar bibir termasuklah ruam, menjadi melecet dan merekah.
Rachel ingin menuntut ganti rugi serta menuntut pengiklanan pembetulan produk EOS dalam tuntutan mahkamah yang dibuatnya.
Menurut dokumen mahkamah pula, bibir Rachel menjadi kering dan kasar dengan ketara dan perlahan-lahan merekah di bahagian hujung bibir, menjadikannya mengelupas dan berdarah melalui rekahan itu tadi. Masalah itu dikatakan, berlarutan sehingga 10 hari.
Menurut sumber lain, ada juga pelanggan yang marah dan membuat keterangan dan amaran secara langsung di laman Facebook rasmi EOS dimana, penggunaan EOS akan mendatangkan alahan dan kesan sampingan teruk.