Berita & Isu Semasa, Hiburan

Pelakon Watak Professor Snape Filem Harry Potter, Alan Rickman Meninggal Dunia

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Pelakon Watak Professor Snape Filem Harry Potter, Alan Rickman Meninggal Dunia

Pelakon veteran Britain, Alan Rickman, yang memainkan watak Profesor Snape dalam siri filem popular Harry Potter meninggal dunia pada usia 69 tahun, kata ejennya pada Khamis.

IKLAN

Menurut media tempatan, beliau meninggal dunia akibat kanser.

Kematiannya juga mengejutkan ramai pihak, termasuk editor-editor hiburan, peminat dan rakan-rakan industri hiburan.

Mendiang pernah memenangi anugerah Golden Globe, Emmy, dan Bafta.

Pelakon terkemuka berkenaan sering membawa watak antagonis termasuk sebagai watak Syerif Nottingham dalam filem  Robin Hood: Prince of Thieves dan juga sebagai watak pengganas Hans Gruber dalam filem Die Hard.

SUMBER