Hello fashionista!
Fesyen berkembang mengikut aliran masa kini. Misalnya, penggayaan skinny jeans iaitu sejenis seluar denim yang mempunyai potongan ketat telah diperkenalkan sejak lewat 50-an dahulu.
Kerana nilai versatiliti yang ada padanya, skinny jeans masih lagi dipakai oleh para peminat fesyen sehingga kini. Tidak kiralah untuk tujuan apa pun, skinny jeans adalah kombo kepada gaya fesyen menarik!
Di sini, Wanista ingin kongsikan 9 cara terbaik bagaimana anda boleh gayakan skinny jeans selari dengan trend fesyen 2016! Tahun baru, gaya baru. Jom kita tengok!
#1 Gayakan sepasang kasut boot bertumit yang mononjol sebagai penyeri kepada skinny jeans anda yang gelap.
#2 Boleh cuba kasut jenis creepers iaitu kasut rata bertumit tebal kalau anda nak gayakan skinny jeans dengan cara lain daripada yang lain.
#3 Kemas kini pakaian hari minggu anda dengan kot bersaiz besar bersama kasut terbuka jenis sandal bertumit apabila menggayakan skinny jeans.
#4 Nak bergaya ala rock?! Ha, boleh cuba pakai skinnies berwarna hitam, digandingkan pula dengan kot berbulu serta kasut berbucu runcing dihadapannya.
#5 Jika anda rasa kasut anda terlalu cantik untuk disimpan, anda boleh pakai skinny jeans yang sedikit senteng dari buku lali anda. Tampak hebat!
#6 Anda rasa skinny jeans yang penghujungnya telah berbulu itu terlalu usang untuk dipakai? Tidak sama sekali! Anda boleh memberi nafas baru kepada jeans anda itu dengan sepasang blazer!
#7 Selitkan baju anda yang berperincian rambu-ramba ke dalam. Gayakan pula dengan kasut boots potongan buku lali (ankle boots) agar fesyen skinny jeans anda nampak bersahaja.
#8 Nak lagi hebat, anda boleh pakai boots yang berpotongan tinggi bersama jaket sporty untuk gaya fesyen eksentrik!
#9 Sarungkan blaus berperincian unik untuk serlahkan getaran klasik si skinny jeans!
Selamat mencuba!