Wanita amat menitik-beratkan penjagaan kulit. Namun, dengan segala macam pencemaran yang menjejaskan kondisi kulit saban hari pasti membuatkan anda susah hati dan hampir berputus asa untuk mencari jalan pemulihan terbaik.
Nah, usah bimbang kerana baru-baru ini, jenama paling seksi yang sering menampilkan para Angel’s yang anggun lagi menawan baru sahaja melancarkan koleksi rangkaian penjagaan kulit badan lengkap terdiri daripada krim badan, losyen, skrub, serta minyak pelembap.
Dengan kewujudan produk yang lain daripada keluaran jenamanya sebelum ini seperti pakaian dalam, wangian dan alat solek, Victoria’s Secret cuba menawarkan solusi terbaik dengan menyediakan kombo hebat untuk memulih kerosakkan, di samping mengekalkan kesihatan kulit agar berseri setiap masa.
Elemen bau-bauan menyegarkan dari bahan semula jadi seperti Beri Acai, Bunga Verbena, Shea dan Susu Kelapa pula bakal memberi ketenangkan seolah aromaterapi kepada sesiapa yang menggunakannya.
Rangkaian untuk badan oleh Victoria’s Secret ini telah terbukti secara klinikal untuk menghidrasi kulit -kunci kepada kulit yang licin, lembut dan gebu.
Rangkaian produk ini mendapat inspirasi dari kain kapas. Lembapan kapas kompleks yang eksklusif telah diformulasi dengan proprietari yang digabungkan untuk mendapatkan hasil terbaik termasuklah estrak kapas, teh putih, khasiat vitamin A, C dan E untuk kelembapan sempurna, selain teknik formulasinya dijana menggunakan “Smart Technology” untuk membekalkan kandungan hidrasi mencukupi kepada para gadis dan wanita yang membutuhkannya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari victoriassecret.my.