Fesyen dan bentuk badan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Tubuh badan yang langsing dan tinggi lampai selalu menjadi kriteri utama yang dicari bagi memeriahkan pentas peragaan untuk menggayakan hasil seni menakjubkan oleh para pereka yang serba boleh dan kreatif, di samping menjana trend pemakaian yang selari dengan budaya terkini.
ZALORA, sebuah destinasi fesyen atas talian Asia yang hebat amat berbangga dengan jalinan kerjasamanya yang disemai bersama rancangan realiti Fit For Fashion Musim ke -2. Ia telah pun mula ditayangkan pada 7 Januari lalu di saluran Star World bersama pengacara dan model jelita, Louise Roe, jurugambar fesyen Todd Anthony Tyler dan jurulatih kecergasan Christine Bullock dan Mitch Chilson.
Siri istimewa ini bakal menampilkan 14 orang individu lelaki dan wanita yang dipilih secara rambang dalam kalangan orang biasa, dimana selama lebih kurang 10 minggu mereka akan merebut peluang untuk menjadi juara setelah bertungkus lumus dan bersusah payah dalam menjalani aktiviti yang mencabar daya ketahanan minda serta fizikal diri.
Peserta yang dipilih hadir dari seluruh pelusuk rantau Asia termasuk Malaysia, Hong Kong, Singapura, Taiwan, Indonesi, Thailand, Vietnam dan Filipina.
Ternyata, ZALORA dan Fit For Fashion mempunyai tunjang yang sama iaitu menggalakkan para lelaki dan wanita normal untuk meningkatkan keyakinan diri mereka, hidup lebih sihat, malah akhirnya akan menjadi versi yang terbaik bagi diri mereka sendiri.
Para peserta akan ditransformasikan kepada tubuh badan yang baru dan lebih berkeyakinan, manakala ZALORA pula bakal memastikan agar mereka dapat bergaya seiring dengan trend pemakaian masa kini.
Selain berusaha keras untuk mendapatkan bentuk badan idaman, anda juga dapat melihat para peserta menggayakan koleksi pakaian hebat yang ditawarkan oleh ZALORA.com kepada para penggunanya. Ianya terdiri dari label-label dan jenama fesyen terbaik abad ini.
Tidak ketinggalan, penonton boleh mendapatkan kod promo khas dari ZALORA setiap kali mereka menonton Fit For Fashion Musim Ke -2 yang membolehkan anda mendapatkan koleksi pakaian tersebut dengan harga yang menakjubkan.
Jangan lupa saksikan Fit For Fashion Musim Ke -2, setiap hari Khamis, jam 8pm hanya di Star World.
Untuk maklumat lanjut, sila layari fitforfashion.tv atau zalora.com.my