Berita & Isu Semasa

Nurul Izzah Antara Wanita Paling Berpengaruh di Dunia

Malisa Aina
/
Individu yang sukakan spotify, netflix, gincu.
Nurul Izzah Antara Wanita Paling Berpengaruh di Dunia

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar tersenarai di antara wanita paling berpengaruh di dunia menurut satu tinjuan yang dibuat oleh richtopia.com.

Nurul Izzah berada di kedudukan ke 108 daripada 250 wanita berpengaruh dunia.

Menduduki tempat pertama ialah Hillay Clinton iaitu calon Presiden Amerika Syarikat bagi parti Demokrat, sementara tempat kedua ialah pengacara terkenal Oprah Winfrey dan tempat ketiga ialah penulis terkenal J.K Rowling manakala isteri Perdana Menteri Amerika Syarikat, Michelle Obama menduduki tempat ketujuh.

Dalam pada itu, seorang lagi wanita Malaysia yang turut tersenarai ialah Speaker Selangor Hannah Yeoh iaitu di tempat ke-177.

Menurut RichTopia tinjuan ini dibuat berdasarkan penglibatan wanita-wanita ini dalam aktiviti media sosial termasuk dalam rangkaian Twitter, Facebook, Youtube, Linkeld dan Instagram, ia juga dinilai berdasarkan tahap pengaruh mereka selain perilaku mereka yang unggul dan proaktif.

Senarai-senarai wanita ini diadili berdasarkan data yang diperolehi menerusi sumber klout, senara-senarai ini akan dikeluarkan setiap minggu berdasarkan undian menerusi data klout.

SUMBER

BACA  Putera Harry Dan Meghan Markle Pilih Tak Nak Tunjuk Muka Anak Lepas Lahir
Leave a Reply
Your email address will not be published. *