Review, Review - Kesihatan, Teknologi

Review Pembersih Udara LG Air Purifier

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Review Pembersih Udara LG Air Purifier

LG Electronics (LG) memperkenalkan siri terkini pembersih udara, PH-U459WN dan PS-R459WN. 

Dioptimumkan untuk gaya hidup yang lebih sihat, pembersih udara berfungsi dengan cekap sama ada di rumah mahupun persekitaran tempat kerja.

LG Air Purifier dilengkapi dengan enam lapisan sistem pembersih udara utama yang menghapuskan habuk dan bahan-bahan yang menyebabkan jerebu.

Foto - Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Sistem perlindungan canggih dilengkapi dengan pensterilan kuat dipasangkan dengan pelembapan semulajadi yang memastikan kualiti udara berada pada tahap yang optimum.

LG Air Purifier dibina untuk membersihkan udara dengan menghapuskan zarah seperti rambut, bulu haiwan peliharaan, bakteria kecil dan debu sekecil 10μm dengan Dual Protection Filter. Proses penapisan udara diikuti oleh Allergy Filter yang memerangkap alergen, debunga dan kulat yang dihapuskan secara berkesan menggunakan proteinase enzim K.

Foto - Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

LG Air Purifier juga mengekalkan kelembapan dalaman dengan pelembapan semulajadi. Spesifikasi ini untuk memastikan kelembapan udara dalaman yang mencipta ruang hidup yang bersih dan sihat.

Bukan itu sahaja, LG Air Purifier mempunyai reka bentuk yang bergaya dan mempunyai kaedah pembersihan terbuka yang mudah. LG Air Purifier mempunyai tiga tahap kelajuan (sangat tercemar, sedikit tercemar dan bersih) untuk mencetuskan kelajuan kipas yang paling sesuai secara automatik.

Foto - Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Kedua-dua model, PH-U459WN dan PS-R459WN boleh didapati di kedai-kedai runcit pada RM1,999.00 dan RM1,299.00 masing-masing.

Untuk butiran lanjut mengenai peralatan rumah baru LG dan lain-lain produk, sila layari www.lg.com/my.

BACA  Samsung Saingi Dunia Fesyen Dengan Rekaan Jam Futuristik Ranggi
Leave a Reply
Your email address will not be published. *