Singapura adalah antara negara Asia yang sering menjadi buah mulut serta tumpuan para pelancong asing. Persekitarannya yang nyaman, mercu tanda yang berdiri megah pasti menjadi memori terindah yang akan dibawa pulang bersama sebagai cendrerahati sentimental yang akan dikenang sampai bila-bila.
Baru-baru ini, Hotel Jen Tanglin Singapore telah membuka lembaran baru dengan mengadakan majlis pembukaan semula bagi meraikan kejayaan pusat penginapan berkenaan yang kini berwajah baru.
Konsep hiasan dalaman yang moden dan anggun, pengubahsuaian Hotel Singapore kepada Hotel Jen dikhabarkan telah menelan kos berjumlah SGD45 Juta. Dengan harapan, pengubahsuaian baharu ini bisa memberi keselesaan kepada para penginap untuk mengalami sensasi percutian yang mewah dalam kadar bersahaja.
Hotel Jen ini mempunyai kapasiti sebanyak 565 buah bilik, dihiasi dengan empat jenis corak kertas dinding berlainan bertemakan asal usul bandar lama Singapura seperti cetakan motif basikal, bunga Anggerik, ikan emas dan barisan rumah kedai.
Tidak kurangnya, setiap bilik penginapan dilengkapi kemudahan WiFi tanpa had, outlet pengecas USB, malah katil empuk yang dijahit dengan 300 urat benang linen.
Suite Eksekutif pula menyediakan katil sofa yang boleh ditarik, pantri kecil, ketuhar gelombang mikro dan peti sejuk SMEG.
Gambaran hotel yang berketinggian 18 tingkat ini adalah sangat besar dan selesa, sesuai buat mereka yang benar-benar mencari keselesaan tatkala melancong ke negara orang. Terdapat juga ruang santai kelab diletakkan di tingkat 17 dengan berlandaskan konsep terbuka memperlihatkan pemandangan dari atas yang sungguh mengujakan.
Selain itu, lokasi hotel begitu strategik, terletak di tengah-tengah kota raya Singapura yang membolehkan para pengunjung atau penginap menggunakan bermacam jenis servis fasiliti yang memudahkan seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Changi berkejauhan hanya 25 minit, hospital, tapak warisan dunia UNESCO, servis pengangkutan ulang-alik percuma untuk ke Orchard Road, serta kemudahan gim 24 jam, kolam renang, jakuzi, sauna dan banyak lagi!
Jika anda berminat, pihak Hotel Jen dengan berbesar hati menawarkan promosi harga hanya SGD$299 satu malam sehingga Februari 2016. Anda boleh membuat tempahan melalui talian + 65 6831 4333 atau hantar ke reservations.singapore@hoteljen.com
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hoteljen.com atau lawati:
Facebook: Hotel Jen Tanglin Singapore
Twitter: @hoteljentanglin
Instagram: @hoteljentanglin