Rasanya semua orang sukakan Japanese Cheesecake, rasa yang gebu, lembut, lembap dan enak berkrim apabila dimakan.
Pada anda yang suka makan tetapi tak tahu nak buat, jangan bimbang Wanista kongsi resepinya. Tapi kali ini, lagi mudah sebab hanya menggunakan 3 bahan sahaja. Jadi, Selamat Mencuba!
Anda hanya perlukan:
- 3 butir telur
- 4.3oz. white chocolate
- 4.3oz. cream cheese
Cara membuatnya:
- Asingkan telur putih dan kuning. Putih telur diasingkan dalam mangkuk besar. Setelah itu, masukkan putih telur ke dalam peti sejuk.
- Panaskan ketuhar kepada 338F.
- Gunakan kaedah duuble boiler, cairkan white chocolate.
- Kacau sehingga coklat cair sepenuhnya.
- Tambah cream cheese dan kacau dengan coklat.
- Tambah 3 kuning telur.
- Whip putih telur sehingga cukup tebal dan kemudian masukkan ke dalam adunan. Gaul rata.
- Gosokkan sedikit mentega pada kertas minyak dan tuangkan adunan ke dalam periuk.
- Letakkan periuk kek anda pada lembaran penaik. Tuang sedikit air panas di atas helaian.
- Bakar pada suhu 338F selama 15 minit. Kemudian bakar pada suhu 320F selama 15 minit. Akhir sekali, berhenti api dan membakar dengan haba yang tinggal selama 15 minit.
- Hiaskan dengan powder sugar jika suka.
Tonton video untuk lebih faham.
[SUMBER]