Kesihatan, Tips

Dapatkan Postur Badan Yang Menarik Dengan 7 Tips Ini!

Avatar
/
Pecinta makanan, simple dan lakukan sesuatu perkara dengan 100%
Dapatkan Postur Badan Yang Menarik Dengan 7 Tips Ini!

Postur badan yang baik adalah sangat penting untuk menjaga kesihatan fikiran dan tubuh. Jika anda mempunyai postur badan yang kurang baik, ia akan membawa anda kepada masalah kesihatan. Inilah peluang anda untuk memperbaiki postur badan dengan tujuh tips ini!

IKLAN

1. POSISI APABILA DUDUK

Tanpa kita sedar, kita akan mula meluncur daripada tempat duduk kita sehingga ke bawah ataupun membongkok. Perkara ini kurang baik kerana otot anda akan rasa kurang selesa dengan posisi itu. Cuba kekalkan posisi yang tegak dan kurangkan pergerakan yang tidak memberikan manfaat seperti tadi.

2. LURUSKAN BAHU

Cuba tengok bahu anda sekarang, adakah ia ternaik sampai telinga anda? Anda akan dapat sakit otot tanpa kita sedar. Kekal relaks dan pastikan posisi seperti kebiasaannya.

3. PERIKSA POSTUR BADAN ANDA

Bagaimana hendak tahu jika anda perlukan perubahan mengenai postur badan anda? Tekapkan badan anda di pintu atau dinding. Bahu, belakang kepala dan lutut sepatutnya akan jadi selari. Anda juga boleh lihat dengan gunakan cermin untuk periksa postur badan anda. Jika anda tidak pasti juga, gunakan plumb-line.

4. LIHAT POSTUR BADAN ANDA KETIKA BERJALAN

Tanpa kita sedar kita akan meletakkan beban terhadap bahu kita yang menyebabkan kita mengalami kesaiktan. Terutama sekali apabila anda membawa beg, pastikan anda tidak mengangkat bahu untuk meletakkan bag di posisi yang betul.

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

5. DUDUK SEPANJANG MELAKUKAN KERJA? BANGUN DAN REGANGKAN BADAN ANDA!

Kebanyakan daripada kita duduk di pejabat dan habiskan masa dengan duduk di depan komputer dan meja. Untuk berlaku adil kepada badan anda, bangun pada setiap 30 minit dan berjalan atau regangkan badan. Ini akan membantu badan anda daripada keras.

6. MEMBINA TERAS ANDA!

Pergi ke kelas yoga atau Pilates dalam membantu anda, kerana ia akan fokus kepada teras anda iaitu otot abdomen dan pelvik. Anda perlukan kedua-dua otot ini untuk jadi kuat jika anda inginkan posture badan yang baik.

7. KURANGKAN MEMAKAI KASUT TINGGI

Tidak dapat dinafikan bahawa memakai kasut tinggi akan tampil bergaya, tetapi ia tidak bagus untuk membentuk postur badan anda.

Apabila anda memakai kasut tinggi, anda memaksa badan untuk berdiri dan kekalkan keseimbangan. Dengan itu, kurangkan memakainya dan gantikan dengan kasut flat.

IKLAN

Jangan risau, sekarang ini ada juga kasut flat yang gaya sama seperti kasut tumit tinggi!

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Perkara ini sangat penting untuk kekalkan postur badan anda jika tidak mahu sebarang sakit belakang dan sakit otot yang lain. Pastikan anda sedar dengan cara ada duduk, berdiri dan berjalan dan kurangkan membongkong!

SUMBER