Pajeon merupakan makanan yang berasal daripada Korea. Makanan ini mudah untuk dilakukan dan sihat kerana terdapat beberapa bahan sahaja yang perlu digunakan.
Pa yang bermaksud daun bawang, jeon pula makanan yang disalut tepung dan digoreng. Sinonim dengan cekodok sayur, pajeon ini pula berbeza kerana bentuknya yang digoreng bukan dalam bentuk bulat.
Antara bahan-bahan untuk pancake adalah:
- Daun bawang (4-5 batang)
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan air
- 1 sudu kecil pes kacang soya (doen jjang) – boleh digantikan dengan taucu
- 1/2 sudu kecil gula
- Tambahan: udang (anda boleh letak apa-apa bahan mengikut citarasa anda)
Cara masak Pajeon:
- Potong daun bawang sepanjang 5 inci, untuk bahagian bawang yang tebal, belah setengah dan kemudian potong sepanjang 5 inci. Asingkan.
- Untuk bater, masukkan tepung gandum, pes kacang soya, gula dan air ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.
- Panaskan minyak ke dalam kuali
- Susun daun bawang selari.
- Tambahan: Taburkan isi udang atas daun bawang.
- Tuangkan adunan sehingga rata.
- Sambil masak, tekan pancake dengan sudip.
- Terbalikkan jika sudah nampak garing keemasan.
- Hidangkan panas-panas dengan sos.
Bahan-bahan untuk sos:
Campurkan semua bahan dalam mangkuk kecil dan hidangkan
- 2 sudu besar sos soya (kicap cair)
- 1 sudu besar cuka
- 1 sudu kecil gula/madu
- Bawang besar (potong dadu)
- Cili hijau/mera (cincang)
- 1 sudu kecil bijan (dipanggang)
Untuk penerangan lebih jelas, saksikan pautan video di bawah:
Selamat mencuba!
[SUMBER]