Rasanya semua orang fobia akan makhluk bernama tikus? Lebih-lebih lagi jika kehadirannya di rumah, cukup mengazabkan! Bayangkan anda sentiasa berdepan dalam keadaan tidak selesa, cemas, tertekan kerana terpaksa melihat kawasan sekeliling apatah lagi terdengar bunyi CIK TI ini. Sungguh mengharukan, bukan? Jadi, disebabkan itu wanista ingin berkongsi 7 tips cara berkesan untuk menghalau tikus di rumah. Kredit sumber daripada Wom.my.
1. Untuk pengetahuan anda, daun pandan memiiki aroma wangi bukan sahaja boleh menyedapkan bau ruang kediamanan. Harumannya itu tidak disukai oleh tikus.
2. Peliharalah kucing di rumah, terutama kucing jenis tertentu yang dapat membunuh tikus. Kucing merupakan musuh utama bagi tikus!
3. Siapa sangka buah mengkudu boleh membantu menghalau tikus, bukan. Caranya dengan mengambil dua atau tiga biji buah mengkudu. Potonglah mengkudu tersebut menjadi beberapa bahagian. Letakkan ia dalam sebuah mangkuk di kawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat membuatkan tikus pergi dari rumah.
4. Yang seterusnya anda boleh sapukan minyak yang diperbuat daripada daun mint (MenthaCodifolia) pada sehelai kain dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan tikus. Sudah pasti tikus tidak akan datang lagi kerana tikus tidak menggemari bau mint.
5. Kapur barus juga membantu, bagaimana? Hancurkan beberapa kapur barus (kasar-kasar), kemudian taburkan di kawasan-kawasan yang menjadi ‘lubuk’ tikus itu. Cara ini cukup efektif kerana tikus sememangnya tidak suka dengan bau kapur barus yang cukup menyengat!
6. Cara yang keenam ini agak sukar untuk dilakukan tetapi hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Tangkap seekor tikus, kemudian lumurkan badannya dengan cat berwarna terang seperti warna merah, kemudian lepaskan. Tikus tersebut tidak akan datang lagi, malahan turut membuatkawan-kawan tikusnya yang lain berasa takut untuk mengganggu kediaman anda.
7. Sediakan dua atau tiga biji buah durian. Mana-mana bahagian isinya yang sedap itu, anda makanlah. Kemudian, letakkan potongan kulit durian tersebut di tempat-tempat yang selalu dilalui oleh tikus. Tentunya bau durian yang menusuk hidung dan kulitnya yang berduri membuatkan tikus berasa gerun untuk singgah di kediamanan anda.
Sumber daripada Wom.my