D.I.Y, Kecantikan

9 DIY Lip Balm Mudah Boleh Anda Buat Sendiri

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
9 DIY Lip Balm Mudah Boleh Anda Buat Sendiri

Pernahkah anda mengalami bibir pecah-pecah, kering, dan terasa perih ketika memakan atau meminum sesuatu? Keadaan ini sangat tidak selesa terutama bagi para wanita yang mementingkan penampilan sehari-hari. Pada keadaan yang lebih parah, penggunaan kosmetik yang tidak sesuai akan mengakibatkan bibir menghitam, contohnya penggunaan lipstik yang tidak sesuai.

Jadi, untuk menyelesaikan hal ini, lebih baik jika anda menggunakan lip balm sahaja. Malah, kini lip balm atau pelembap bibir semakin popular sebagai alternatif kepada gincu terutamanya semasa hari-hari tidak perlu bersolek tebal.

Fakta –

Beeswax atau sering ditulis beeswax adalah lilin semula jadi yang dihasilkan oleh lebah. Beeswax disebut juga dengan lilin madu atau lilin lebah. Beeswax diperolehi dari sarang lebah atau tala yang telah dikeluarkan madunya. Selepas sarang diproses dalam pemerah, madu akan keluar dan tinggalah sarang lebahnya. Sarang lebah itulah yang disebut dengan beeswax.

Resepi DIY lip balm ini mampu melembap dan melembutkan bibir kering, malah, mempunyai bau yang luar biasa dan tahan sepanjang hari.

1. ORANGE KISS LIP BALM

Foto – Pinterest

Cara penyediaan –

  • 2 sudu Beeswax
  • 2 sudu shea butter
  • 4 sudu sweet almond oil
  • 10-12 titis minyak pati oren atau limau

Cairkan beeswax, sweet almond oil, shea butter di dalam bekas kaca dalam ketuhar gelombang mikro. Sentiasa check setiap 30 saat dan kacau. Tambah minyak pati anda atau mana-mana pewarna tambahan. Tuangkan perlahan-lahan ke dalam tin anda dan biarkan sejuk.

2. VANILLA LIP BALM

Foto – Pinterest

Cara penyediaan –

  • 2 sudu Beeswax
  • 2 sudu shea butter
  • 2 sudu coconut oil
  • Pati vanilla

Cairkan beeswax, shea butter, coconut oil di dalam bekas kaca dalam ketuhar gelombang mikro. Tambah pati vanilla. Tuangkan ke dalam bekas kecil dan sejukkan.

3. PEPPERMINT COCOA LIP BALM

Foto – Pinterest

Cara penyediaan –

  • Beeswax
  • Cocoa Butter
  • Coconut Oil
  • Vitamin E
  • Peppermint Oil

Ambil periuk kecil dan letakkan magkuk kaca/logam di atasnya, buat kaedah double boiler. Seterusnya pada haba yang rendah, cairkan bahan-bahan bermula dengan beeswax, coconut oil, cocoa butter. Potong dua kapsul Vitamin E, masukkan ke dalam campuran adunan dan tambah sedikit peppermint oil. Apabila semuanya cair, tutup api dan tuang adunan beeswax ke dalam bekas pilihan anda.

4. GRAPEFRUIT LIP BALM

Foto – Pinterest

Cara penyediaan –

  • Beeswax
  • Shea Butter
  • Coconut Oil
  • Sweet Almond Oil
  • Grapefruit essential oil
  • shimmer dust

Gunakan kaedah double boiler ataupun ketuhar gelombang mikro, ikut suka. Cairkan beeswax, shea butter, coconut oil, almond oil. Setelah semua bahan telah cair, kacau dan tambah 15 titis grapefruit oil. Kemudian tambah kira-kira 1/4 sudu teh shimmer dust, ini akan memberikan sedikit warna dan kilauan.

5. SPICED CHAI LIP BALM

Foto – Pinterest

Cara penyediaan –

  • Coconut oil
  • Shea butter
  • Beeswax
  • Castor oil 
  • Pati vanilla
  • Essential oil – Cinnamon, Ginger, Clove

Beeswax, shea butter, coconut oil dicairkan kira-kira 5-10 minit. Tambah castor oil, untuk berikan kilauan pada lip balm. Tambahkan pati vanilla dan campuran essential oil seperti cinnamon, ginger dan clove. Kacau semuanya. Letakkan dalam bekas dan biarkan sejuk.

6. RASPBERRY LIP BALM

Foto – Pinterest

Cara penyediaan –

  • Coconut oil
  • Dried raspberry
  • Beeswax

Kisar dried raspberry sehingga halus, cairkan coconut oil dan beeswax dengan kaedah double boiler. Tambah raspberry ke dalam adunan dan kacau sebati. Tuangkan perlahan-lahan ke dalam tin anda dan biarkan sejuk.

7. ORGANIC LIP BALM

Foto – Pinterest

Cara penyediaan –

  • Minyak pati lemon
  • Sweet almond oil
  • Organic extra virgin oil
  • Besswax

Gunakan kaedah double boiler, cairkan beeswax, sweet almond oil, organic extra virgin oil. Seterusnya ketepikan adunan, tambah minyak pati lemon. Tuang ke dalam bekas dan biarkan sejuk selama beberapa jam.

8. STRAWBERRY LIP BALM

Foto – Pinterest

Cara penyediaan –

  • Shea butter
  • Rosehip seed oil
  • Beeswax
  • Strawberry extract
  • Pewarna – rose petals powder

Campur shea butter, rosehip seed oil dan beeswax dan cairkan – guna kaedah double boiler. Keluarkan adunan dan biarkan sejuk. Tambah sedikit strawberry extract dan pewarna ke dalam adunan. Gaul ke semua bahan, letak perlahan-lahan dalam bekas.

9. COCONUT MANGO BUTTER LIP BALM

Foto – Pinterest

Cara penyediaan –

  • Coconut oil
  • Mango butter
  • Olive oil
  • Jojoba oil
  • Castor oil
  • Beeswax

Campurkan ke semua bahan ke dalam bekas kaca, guna kaedah double boiler. Teruskan pemanasan sehingga mango butter dan beeswax cair. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuang adunan ke dalam tin atau bekas pilihan.

Selamat Mencuba!

Sumber : 1 & 2

BACA  Nak Beli? Jom Intip Harga ‘Mewah’ Produk Mekap La Mer
  1. Hi, boleh tau, coconut oil tu u guna yg bntuk cm shea butterke atau dlm bntuk cecair mcm minyak tu?
    kalo cm bntuk shea butter, leh tau kt mna leh beli?

Leave a Reply
Your email address will not be published. *