Kesihatan

Pakai Bra Atau Tidak Sewaktu Tidur?

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Pakai Bra Atau Tidak Sewaktu Tidur?

Sekadar ingin berkongsi, hari ini merupakan National No Bra Day atau hari tanpa bra tahun keempat. Tarikh ini dipilih untuk menggalakkan wanita untuk tidak memakai coli sebagai salah satu langkah kesedaran kanser payudara. Tapi kalau di Malaysia rasanya sambutan kempen ini memang tak sesuai untuk disertai oleh para wanita Malaysia kerana tak sesuai dengan budaya kita di sini.

Namun memang selalu kita dengar tentang saranan untuk wanita supaya tidak memakai bra semasa tidur. Artikel kami sebelum ini ada berkongsi yang Penyelidik Sydney Singer menasihatkan wanita yang ingin menghindari kanser payudara digalakkan  memakai bra dalam waktu sesingkat mungkin dan sebaiknya kurang dari 12 jam sehari. Oleh itu menurut penyelidik tersebut, waktu yang paling tepat untuk merehatkan payudara adalah dengan tidak  memakai bra ketika tidur. 

Bagaimanapun, saranan memakai bra ketika tidur untuk mengelakkan payudara kendur seperti yang disarankan lagenda Hollywood Marilyn Monroe mungkin membuatkan anda berasa ragu-ragu terhadap pendapat untuk tidak memakainya ketika tidur. Menurut Dr. Amber Guth, profesor bersekutu pembedahan  dan pengarah Breast Cancer Surgery Multidisciplinary Fellowship di NYU Langone Medical Center, tidak ada bukti yang kukuh tidur dengan bra akan memberi manfaat atau berbahaya terhadap kesihatan payudara. malah kesan payudara mengendur boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti kehamilan dan penyusuan bayi selain faktor usia dan graviti.

Pakar pembuat coli, Linda Becker pula berpendapat, graviti merupakan faktor terbesar yang mempengaruhi masalah payudara kendur. Jadi individu yang memakai coli lebih lama (lebih dari lapan jam) akan mendapat manfaat ini kerana payudara mereka mendapat sokongan yang lebih lama.

Jadi mana saranan yang betul sebenarnya? Pakai atau tidak? 

Menurut Linda, ianya bergantung kepada saiz payudara  anda sendiri. Jika anda memiliki saiz cup A dan B, mungkin tidak perlu. Namun jika anda memiliki saiz payudara yang lebih besar, anda mungkin perlu memakai coli semasa tidur untuk memberi sokongan dan keselesaan semasa tidur. Bgaimanapun anda disarankan untuk tidak memakai bra dengan sokongan underwire (dawai) kerana ia boleh memberi kesan kerengsaan sebaliknya pakai coli jenis soft-cup.

Jadi menurut laporan ini, memakai bra ketika tidur tidak membawa kepada risiko kanser payudara . Jadi pakai atau tidak semasa tidur adalah pilihan anda dan ianya bergantung kepada keselesaan sendiri. 

Sumber : 1, 2

BACA  Kamu Perlu Stop Minum Jus Buah-Buahan Sekarang, Ini Sebabnya...
Leave a Reply
Your email address will not be published. *