Info Menarik, Pilihan

Hari Pertama Bekerja? Ini Tips Menyesuaikan Diri Di Tempat Kerja Baru

Wanista.com
/
Hari Pertama Bekerja? Ini Tips Menyesuaikan Diri Di Tempat Kerja Baru

 

Hari pertama di tempat kerja tentunya merupakan hari yang janggal untuk anda. Semuanya masih baru dan anda akan terasing dan tidak selesa. Mungkin tips-tips di bawah dapat  membantu anda ketika hari pertama anda bekerja.

1. Dapatkan tidur yang cukup dan teratur seawal 2 minggu

Tidur dan rehat yang cukup adalah amat penting untuk memastikan anda nampak segar dan bertenaga ketika hari pertama anda di pejabat. Ketika menjadi pelajar dulu, anda mungkin sudah terbiasa berjaga malam dan bangun lambat. Jadi anda perlu ubah semula  biology clock anda supaya terbiasa dengan waktu bekerja anda. Kalau tidak anda mungkin akan pergi ke pejabat dengan mata yang bengkak akibat tidak dapat tidur pada malam sebelumnya dan itu tentunya bukan impressi yang baik pada hari pertama bekerja.

2. Buat test drive ke tempat kerja terlebih dahulu

Ini untuk mengelakkan anda sesat ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dan seterusnya sampai lambat ke pejabat.  Walaupun sekarang sudah ada teknologi seperti Google Maps dan Waze , adalah lebih baik anda test drive terlebih dahulu supaya perjalanan anda lebih lancar dan anda dapat menganggar masa perjalanan dari rumah ke pejabat dengan lebih tepat. Pada yang menaiki pengangkutan awam, apakata anda buat research tentang nombor bas, jadual berlepas  dan di mana stesyen untuk berhenti.

3.  Buat homework

Sediakan diri anda dengan  maklumat tentang syarikat anda bekerja. Anda boleh mendapatkan maklumat seperti ini di laman web rasmi syarikat tersebut atau lebih mudah lagi Google sahaja tentang syarikat tersebut. Dengan pengetahuan seperti ini anda tidaklah terpinga-pinga ketika hari pertama nanti. Anda juga boleh membuat sedikit homework tentang skop kerja anda jadi anda sudah dapat menjangka apa yang bakal ditugaskan kepada anda nanti dan tidaklah terlalu ‘terkejut’.

4. Sediakan pakaian yang sesuai

Setiap syarikat mesti ada dress-code nya sendiri. Kebanyakan perkerjaan memerlukan anda untuk berpakaian formal.Namun, etika berpakaian mungkin berbeza mengikut bidang pekerjaan. Jika anda bekerja dalam bidang media misalnya, mungkin anda boleh berpakaian kasual sahaja manakala jika dalam bidang perundangan anda perlu berpakaian hitam putih untuk nampak lebih profesional. Jadi sebelum mula bekerja anda mungkin perlu ke pusat membeli-belah untuk shopping dahulu beberapa pakaian yang sesuai .Jangan terlalu overdressed atau underdressed. Pakaian juga harus sesuai dengan jawatan yang anda sandang. Untuk lebih selamat, mungkin anda boleh hubungi jabatan pengurusan sumber manusia dahulu untuk bertanya tentang perkara ini.

5. Catat perkara penting

Sebagai orang baru, mungkin anda belum biasa dengan tugas-tugas yang diberikan anda tidak mampu untuk ingat semua dalam masa yang singkat. Pada hari pertama juga, anda mungkin sukar untuk mengingati  nama-nama rakan sekerja anda. Jadi, untuk membantu anda ingat, catat info-info seperti ini dalam buku nota kecil.

6. Don’t Be Yourself… Yet

Tips ini bukan bermaksud anda perlu jadi hipokrit ya. Tapi jika anda seorang yang terlampau ramah misalnya, anda mungkin akan menakutkan rakan sekerja anda  atau lebih teruk lagi jika ada yang akan memandang serong terhadap anda. Anda perlu lebih tenang dan tak salah untuk jadi “budak baik” pada hari pertama anda. Jika kerja yang diberi bos agak banyak, janganlah membebel dan merungut di depan rakan sekerja lain.

7. Jangan segan untuk bertanya

Malu bertanya sesat jalan. Jangan jadi bodoh sombong jika anda tidak tahu atau kurang jelas tentang tugasan yang diberikan kepada anda. Cuba dapatkan maklumat yang perlu semaksimum mungkin dan jika anda tidak diberikan kerja tidak ada salahnya jika anda menawarkan pertolongan kepada bos atau rakan sekerja anda.

Leave a Reply
Your email address will not be published. *