Info Menarik

[Edisi Bergaya] 5 Cara Selfie Untuk Lelaki

Wanista Newsdesk
/
[Edisi Bergaya] 5 Cara Selfie Untuk Lelaki

Selfie, adalah aksi mengambil gambar sendiri samada melalui kamera hadapan telefon pintar atau di hadapan cermin. Perkataan selfie malahan telah dimasukkan dalam kamus Oxford kerana penggunaannya yang kerap dan bertepatan.

IKLAN

Kita sering dengar yang selfie dikaitkan dengan wanita; hanya wanita yang suka berselfie dan boleh berselfie. Kami kurang setuju dengan pendapat seperti itu. Zaman sekarang, jantina bukan lagi satu penghalang. Lelaki pun boleh selfie, jika kena gaya dan caranya; sama seperti wanita. Yang penting adalah keyakinan diri.

Jadi tanpa buang masa, kami kongsikan dengan pembaca lelaki sekalian lima cara cadangan selfie untuk kaum lelaki:

1) Selfie bahagian muka sahaja

Contoh Selfie bahagian muka sahaja. Kredit: Instagram.com
Contoh Selfie bahagian muka sahaja. Kredit gambar: Instagram.com

Selfie gaya ini biasanya digunakan kalau seseorang lelaki itu ingin menonjolkan gaya rambut atau spek matanya. Tapi kalau cuma mahu tonjolkan wajah pun tiada salahnya. Cara selfie ini; tegakkan kepala kamu, pandang kamera dengan yakin, berikan senyuman maskulin jika mahu, dan snap! Jika mahukan hasil selfie muka yang menarik, yang penting, pastikan penataan cahaya dan sudut wajah adalah betul.

2) Selfie separuh badan

selfie-separuh-badan
Selfie separuh badan. Kredit gambar: Instagram.com

Selfie gaya ini biasanya adalah untuk menunjukkan pakaian pilihan untuk hari ini atau ‘outfit of the day’. Namun yang mahu bersifat anonymous atau mahu memprivasikan wajah, juga boleh gayakan selfie ini. Caranya, halakan kamera kamu, samada di hadapan cermin atau menggunakan kamera hadapan telefon pintar dan pastikan separuh badan kamu kelihatan dalam kamera. Snap! Jangan lupa, pastikan pakaian kamu segak, bergaya, atau sekurang-kurangnya kemas!

3) Selfie aksesori pada badan

selfi-aksesori
Selfie aksesori pada badan. Kredit gambar: Instagram.com

Selfie ini bertujuan untuk menunjukkan aksesori yang kamu pakai pada hari itu, seperti jam, gelang tangan atau kasut. Ia seakan-akan sama seperti selfie separuh badan di atas, tapi lebih menumpukan pada aksesori dan kasut. Ada juga yang cuma ambil gambar kasut sahaja. Menarik juga kan?

IKLAN

4) Selfie bersama rakan-rakan

selfie-rakan
Selfie bersama rakan-rakan. Kredit gambar: Instagram.com

Ada yang kurang senang ambil gambar selfie sendirian. Ataupun ada yang mahu rakamkan kenangan bersama rakan-rakan. Ajak mereka berselfie. Untuk menampakkan gambar itu hidup dan ‘happening’ berikan mood gembira atau gila-gila pada senyuman dan wajah kamu dan rakan-rakan kamu.

5) Selfie di hadapan cermin

selfie-cermin
Selfie di hadapan cermin. Kredit gambar: Instagram.com

Cara selfie ini paling klasik sekali. Baik lelaki  mahupun perempuan, ini gaya selfie paling popular. Ini mungkin kerana kualiti kamera belakang telefon pintar lebih baik dari kamera hadapan. Bagi lelaki, halakan telefon bimbit agak ketepi sedikit pada badan, berdiri dengan yakin, masukkan tangan dalam saku seluar dan snap! Seperti selfie gaya separuh badan di atas, pastikan kamu memakai pakaian yang bergaya atau sekurang-kurangnya kemas ya?

Bagaimana? Tak adalah sefeminin mana pun aksi selfie kan? Lelaki pun boleh buat. Selamat mencuba!