Kecantikan, Pilihan, Tips, Tips - Kecantikan

Tips Merawat Luka Dan Menghilangkan Parut Dengan Berkesan

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Tips Merawat Luka Dan Menghilangkan Parut Dengan Berkesan

Apa itu luka?

Kebanyakan daripada kita mungkin akan menghadapi kecederaan ketika melakukan aktiviti harian. Tetapi ramai yang tidak tahu kalau luka tidak diubati, lama-lama akan menjadi parut yang mungkin tidak boleh dihilangkan. Luka adalah kecederaan fizikal pada tubuh yang menyebabkan darah atau bendalir dari tubuh mengalir keluar. Ada luka yang kecil seperti luka tercalar dan ada juga yang besar seperti melecet akibat terjatuh – dan mungkin ada yang memerlukan anda mendapatkan jahitan di hospital. Apa juga luka, sama ada kecil atau dalam perlu diberi perhatian segera untuk menghentikan sebarang punca jangkitan daripada terus menjejaskan badan kita.

Foto – Dermatix

Perbezaan di antara luka dan parut adalah luka masih berdarah; ia masih boleh mendapat jangkitan manakala parut hanyalah tanda di mana luka pernah berada.

Cara-cara menjaga luka

  1. Basuh tangan dengan sabun sebelum membersihkan luka untuk mengurangkan risiko jangkitan. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti air garam yang suam atau basuhan anti-bakteria. Ingat, biasanya bahan antiseptik boleh merosakkan sel-sel kulit yang sensitif dan melambatkan proses penyembuhan, jadi menggunakannya mengikut dos yang telah ditetapkan.
  2. Sebaik sahaja kesemua kotoran telah dibersihkan daripada luka, sapukan krim antiseptik satu hingga tiga kali sehari untuk mengelakkan jangkitan.
  3. Pastikan anda menukar balutan setiap hari dengan menutup luka menggunakan balutan yang disteril dan menyapu semula krim antiseptik selepas membersihkannya.
  4. Bergantung kepada saiz luka, tukarlah balutan setiap hari untuk mengelakkan jangkitan bakteria. Basuh tangan anda dengan air dan sabun sebelum dan selepas menukar balutan. Jangan sesekali menggunakan balutan yang diperbuat daripada kapas untuk membalut luka yang terdedah. Bahan tersebut tidak dapat mencegah jangkitan bakteria dan akan meninggalkan serat kapas di dalam luka.
  5. Periksa luka anda untuk memastikan ia sedang sembuh. Sekiranya kawasan luka tidak beransur sembuh, terasa suam, kelihatan merah atau bengkak – dapatkan nasihat doktor secepat mungkin kerana ia mungkin telah mengalami jangkitan bakteria.
BACA  Baru! Klinik Aesthetic "La Jung" Sedia Bantu Wanita Jadi Lebih Cantik

Apa itu parut?

scar

Parut adalah pertumbuhan kolagen yang terbentuk akibat proses penyembuhan luka secara semula jadi. Kolagen terdiri daripada sekumpulan protein yang wujud secara semula jadi dan membentuk komponen utama tisu-tisu penghubung. Penghasilan kolagen yang berlebihan dan cepat pada kawasan yang tercedera menyebabkan parut terbentuk.

Apabila kulit tercedera, tubuh kita bertindak dengan segera untuk memperbaiki kawasan yang terlibat. Ia menumpukan segala masa dan sumbernya untuk terus bertahan dan bukan untuk menyembuhkan luka tersebut dengan sempurna. Walaupun parut akan melalui pelbagai perubahan dalam proses kematangannya, ia tidak akan mendapat kembali kekuatan asal daripada kulit di sekelilingnya. Selain itu, folikel rambut dan kelenjar peluh di kawasan parut juga tidak akan terbina semula.

Mengapakah parut saya kelihatan berbeza daripada parut orang lain?

Oleh sebab proses penyembuhan berbeza mengikut tubuh setiap individu, penampilan akhir parut juga akan turut berbeza. Faktor-faktor seperti jenis kulit, lokasi parut, jenis kecederaan, umur dan status pemakanan memainkan peranan yang penting dalam menentukan bagaimana parut tersebut akan kelihatan.

Foto – Dixon Injury Firm

Jenis-jenis parut

Parut biasa: Biasanya kelihatan meradang dan gelap pada awalnya, tetapi menjadi leper dan tidak terlalu ketara serta meninggalkan kesan parut yang nipis.

Parut atrofi: Biasanya mewujudkan tekanan di bawah permukaan kulit. Contoh parut-parut ini adalah seperti parut akne atau parut cacar air.

Parut hipertrofik: Biasanya timbul di atas permukaan kulit. Ia dikenal pasti melalui jumlah kolagen yang berlebihan, namun kekal dalam lingkungan kawasan luka tersebut sahaja.

Parut keloid: Keloid tidak sama seperti parut hipertrofik. Walaupun ia juga parut yang timbul, keloid boleh merebak melebihi lingkungan kawasan luka. Ia juga mungkin terus membesar dan muncul semula walaupun selepas dibuang.

Foto – Shwebook Dictionary Pro

Rawatan Untuk Parut

Malangnya, parut akan kekal selama-lamanya. Tiada satu pun produk atau pembedahan ajaib yang boleh menghilangkan parut sepenuhnya. Namun, terdapat beberapa pilihan rawatan yang boleh membantu memperbaiki penampilan parut. Ia mungkin jenis yang invasif dan berkos tinggi seperti pembetulan melalui pembedahan dan terapi laser sehinggalah melalui suntikan seperti pengisian kolagen untuk menaikkan parut yang terbenam. Rawatan yang paling menjimatkan kos dan kurang invasif untuk mengurangkan tisu-tisu parut adalah dengan menggunakan gel, krim serta minyak topikal.

Jadi antara produk yang boleh anda gunakan untuk menghilangkan parut adalah produk Bio-Oil yang sememangnya sudah terkenal sejak dulu lagi untuk merawat parut, bekas jerawat mahupun selulit. Sebelum menggunakan Bio-Oil untuk mengurangkan parut anda, pastikan luka tersebut sudah sembuh sepenuhnya dan parut tersebut tidak mengalami jangkitan, terasa lembut atau mempunyai keradangan. Walaupun parut yang muda dan baru mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk diperbaiki, kajian telah menunjukkan bahawa parut-parut lama juga boleh mendapat manfaat daripada penggunaan Bio- Oil yang kerap.

BACA  Gincu Keluaran YouTuber Jaclyn Hill Berbahaya?

Dengan bantuan Bio-Oil, parut boleh mula pudar perlahan-lahan. Untuk hasil yang terbaik, sapukan Bio-Oil sebanyak dua kali sehari selama sekurang- kurangnya tiga bulan sebaik sahaja luka sembuh. Bio-Oil bukan sekadar minyak rawatan parut dan terbukti tidak comodogenic, ia juga boleh digunakan sebagai pelembap harian tubuh dan sesuai digunakan pada bahagian muka.

Bio-Oil boleh didapati di semua farmasi dan kedai penjagaan diri terkemuka di seluruh negara pada harga RM32.95 (60ml), RM54.95 (125ml) dan RM74.95 (200ml).

Leave a Reply
Your email address will not be published. *