Kecantikan, Tips - Kecantikan

Rahsia Awet Muda : Wajah Kelihatan Muda Selepas Minum Air Kosong 3 Liter Sehari Dalam Masa Sebulan

Wanista Newsdesk
/
Rahsia Awet Muda : Wajah Kelihatan Muda Selepas Minum Air Kosong 3 Liter Sehari Dalam Masa Sebulan

Percayakah dengan minum air kosong atau air putih sebanyak 3liter sehari dapat mengembalikan keremajaan kulit anda dan nampak muda kembali? Satu eksperimen telah dilakukan oleh seorang wanita yang sebelum ini menderima sakit kepala dan mempunyai masalah penghadaman dan dia telah meminta nasihat daripada pakar neurologi tentang sakit kepala dan kaedah pemakanan untuk memulihkan masalah pencernaannya, dan mereka memberitahu dia perlu minum sehingga tiga liter cecair sehari supaya badannya berfungsi dengan baik. Seorang wanita, Sarah Smith telah membuat eksperimen ini dan seperti yang anda lihat diatas, perubahan wajahnya selepas sebulan mengambil air kosong sebanyak 3liter sehari selama sebulan.

IKLAN

Minggu Pertama

Tips supaya anda tidak bosan minum air sebanyak 3 liter sehari adalah membahagi-bahagikan air kepada 3 pecahan iaitu diambil pada waktu pagi, tengahari dan malam. Anda akan merasa perbezaan dalam proses pembuangan air kecil kerana ia akan bertambah daripada normal ( 3 kali sehari ) kepada 5-6 kali sehari. Wajah pula akan mula keluar jerawat dan itu mungkin toksin yang telah keluar dari dalam wajah anda. Air kencing pula akan mula bertukar kepada lebih cair dan tidak berwarna kuning gelap. Minum banyak air juga membantu melancarkan pergerakan badan anda terutamanya di bahagian sendi.

Minggu Kedua

Anda akan melihat perbezaan ketara pada kulit wajah anda dimana strukturnya bertambah baik dan tona kulit sekata. Selain itu juga kedutan di bawah mata perlahan-lahan akan hilang. Selain itu juga, bau mulut akan berkurangan dan lidah tidak kotor/putih seperti sebelum anda amalkan minum air kosong ini. Oleh kerana anda mengambil air kosong dengan banyak, maka selera makan anda pasti berkurangan kerana perut telah diisi, akan tetapi anda mempunyai masalah kerana akan tetap membuang air kecil dengan kerap.

Minggu Ketiga

Lingkaran gelap dan kedutan di bawah mata telah hampir hilang, dan kulit kelihatan lebih anjal dan berseri dan lebih subur. Ini adalah kerana air membantu sel kulit wajah menjana semula dengan lebih cekap. Struktur kulit bertambah baik dan nada kulit lebih sekata dari sebelumnya. Selain itu juga, minuman air dengan banyak boleh membuatkan kita lebih tumpu dan fokus dalam pekerjaan kita. Dehidrasi boleh mengurangkan keupayaan kita untuk menumpukan perhatian serta prestasi kognitif kita. ‘

Minggu Keempat

Anda akan dapat melihat perubahan ketara berbanding minggu pertama. (Anda perlu mengambil gambar sebelum mengamalkan petua ini untuk melihat perubahan anda). Pastikan pengambilan makanan juga baik dan tidak terlalu berminyak kerana ini mungkin melambatkan proses perubahan kulit wajah anda.

IKLAN