Makanan, Pilihan, Resipi

Jom Buat Mee Kari Dan Sambal Udang Kering Mee Kari Power

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Jom Buat Mee Kari Dan Sambal Udang Kering Mee Kari Power

Hari ini nak masak apa ya? Mungkin mee kari? Nah, Wanista kongsi resepi.

Bahan-bahan

  • 1 biji bawang besar / 5 ulas bawang kecil*
  • 1 batang serai*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 2-3 sudu cili giling*
  • 1/2 sudu udang kering ( ditumbuk halus )*
  • 1 paket rempah kari ( paket kecil )
  • 1 kotak santan ( 250gram )
  • 1 kiub ayam/daging
  • rempah ratus ( bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dsb )
  • garam,bahan perasa
  • ubi keledek
  • ubi kentang
  • 1 paket fishball
  • 500 gram daging ayam/lembu ( dipotong dadu )

Bahan sampingan

  • Telur rebus
  • Sawi celur
  • Taugeh
  • Limau nipis/ limau kasturi
  • Timun
  • Daun sup dan bawang goreng
  • Isi kerang rebus

Untuk sambal mee kari pula, bahan-bahannya :Ā 

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • segenggam udang kering
  • sedikit belacan ikut citarasa
  • 5sudu cili boh/kisar
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula ( boleh guna gula melaka jika mahu )

Cara-cara

  1. Bahan bertanda * dikisar halus terlebih dahulu. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan * yang sudah dikisar, rempah ratus dan goreng hingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kari kemudian masukkan air. Campurkan kentang, keledek yang dipotong dadu berserta, daging ayam/lembu yang dihiris, fishcake, fishball.
  3. Tambahkan kiub ayam/daging, bahan perasa, garam dan akhir sekali masukkan santan. Masak sehingga kuah mendidih dan tutup api.
  4. Makan bersama bahan sampingan.
  5. Untuk sambal mee kari, tumiskan bawang merah, bawang putih, udang kering dan cili boh yang telah dikisar, kemudian masukkan air asam jawa, garam dan gula untuk menyedapkan rasa.

BACA  Untung Orang Suka Makan Sayur Taugeh, Ni Manfaat Ramai Tak Tahu
Leave a Reply
Your email address will not be published. *