Kesihatan

[ Tips Kesihatan ] Ketahui 7 Cara Mengatasi Masalah Radang Kulit / Alergi

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[ Tips Kesihatan ] Ketahui 7 Cara Mengatasi Masalah Radang Kulit / Alergi

Kulit yang terdedah kepada masalah alergi dan sensitif perlu mendapatkan rawatan yang betul. Salah memakai produk atau kosmetik pada kulit anda maka kemungkinan besar berlaku iritasi dan menyebabkan kulit anda menggerutu, kemerah-merahan ataupun melepuh.

Berikut beberapa langkah mudah yang boleh anda lakukan jika anda mendapat masalah alergi pada kulit

1. Banyak masalah kulit seperti psoriasis, rosacea, ekzema, folliculitis (pembengkakan folikel rambut), dan reaksi terhadap makanan boleh menyebabkan kulit jengkel, membengkak, merah, gatal, bersisik atau ruam. Kenali masalah kulit anda dengan berjumpa dengan pakar ataupun cuba baca dahulu mengenai masalah kulit anda di Internet.

2. Cari produk atau bahan  yang menyebabkan masalah bagi kulit anda dan hentikan penggunaannya. Hal ini merupakan prosedur yang cukup mudah. Jika anda mula menggunakan concealer dan dalam beberapa jam kawasan kulit yang telah disapukan concealer tersebut menjadi merah, gatal, dan bengkak, maka jelas bahawa concealer tersebutlah yang menyebabkan masalah radang kulit anda.

Dalam beberapa kes, proses melihat reaksi kulit tidak berlaku dengan cepat. Oleh sebab itu,  kesabaran dan kerajinan bereksperimen dengan yang anda syak membawa masalah bagi kulit anda.

3. Gunakan krim cortisone yang berfungsi untuk menghentikan pembengkakkan pada kulit anda. Jika iritasi kulit muncul, aplikasikan krim pada kawasan yang dijangkiti selama beberapa hari, walaupun selepas kulit kembali normal. Ingatlah bahawa kulit boleh terkena reaksi alergi atau sensitif untuk tempoh masa yang panjang. Jangan takut dengan penggunaan krim cortisone dalam jangka masa pendek. Penggunaan krim cortisone dalam jangka waktu panjang (lebih daripada 2 atau 3 bulan penggunaan secara terus menerus) boleh menyebabkan kerosakan kolagen dan elastin pada kulit.

4. Jangan menggunakan unsur lain yang boleh menyebabkan iritasi pada kawasan kulit yang dijangkiti. Produk wangian, scrubs, kain lap, AHA, Retin-A, Renova, benzoyl peroxide, pemutih kulit, atau produk penjagaan kulit yang lain dengan bahan aktif boleh mencetuskan iritasi dan hanya menambah masalah radang kulit anda.

5. Elakkan sauna, steam, aktiviti yang berpeluh, atau menggosok kawasan yang dijangkiti, kerana semuanya itu boleh mencetuskan reaksi alahan kulit.

6. Jika masalah tidak juga bertambah baik selepas empat hingga enam minggu, anda harus segera mencari pakar kulit untuk mendapatkan pemeriksaan.

7. Apabila anda mempunyai reaksi alergi yang serius (dalam bentuk tompok merah, kulit dan mata sangat membengkak, atau ruam-ruam berwarna merah yang terasa hangat atau gatal ), rujuk kepada doktor untuk membincangkan pilihan ubat yang boleh diminum untuk menghentikan gejala sakit anda.

BACA  Ariana Grande Ada Alahan Tomato Sampai Tak Boleh Menyanyi, Ni Kamu Perlu Tahu
Leave a Reply
Your email address will not be published. *