Acap kali tahun baru, kita semua sebagai wanita mesti rajin membuat wishlist, tidak kurang juga dengan senarai azam baru yang berjela-jela panjangnya. Nah, yang pastinya, salah satu daripada azam anda itu mesti ada kaitannya dengan kecantikan serta penampilan diri kan?
Jadi, untuk memberi anda panduan yang lebih jelas dan tersusun, apa kata di sini Wanista kongsikan tips rutin kecantikkan yang boleh anda manfaatkan sepanjang tahun 2017 ini!
Ayuh kita buka lembaran baru dengan azam baru yang memberi kesan positif terhadap kehidupan anda! Tetapi harus diingatkan, anda mestilah menjadi seorang yang berdisiplin tahu? Buang segala sifat yang suka berlengah dan mengambil mudah dalam sesuatu perkara.
#1 Jaga Kuku
Tak usah tipu, ramai di antara kita langsung tidak pernah peduli dengan keadaan kuku tangan dan kaki. Mungkin bagi anda, kuku adalah bahagian tubuh yang boleh disorok dari pandangan orang lain. Meskipun begitu, sebagai seorang perempuan kita seharusnya menjaga kecantikan dan kesihatan kuku. Janganlah dibiarkan kuku itu kuning terkena serbuk kunyit, jangan dibiarkan keadaannya seperti “hidup segan, mati tak mahu”.
BACA: [REVIEW] KUKU CANTIK DIMANA SAJA BILA DITEMANI “THE SURPRISING FAN” CIPTAAN SEPHORA
Labur sedikit wang untuk berkunjung ke spa kuku agar ia bisa dirias cantik dan bersih. Jika anda rasakan kosnya membebankan, cukuplah anda membeli sahaja produk-produk penjagaan kuku dan lakukan operasi membersih dan mencantikan kuku di rumah. Sayangi kuku seperti anda sayangkan kulit wajah okay?
#2 Trim Rambut Secara Berkala
Buat wanita yang bertudung terutamanya, mentang-mentanglah anda dan kaum keluarga sahaja yang dapat melihat, jangan ambil kesempatan untuk biarkan ia kering dan bercabang. Biarpun anda gemar menyimpan rambut panjang seperti aktres Bollywood, dua bulan atau tiga bulan sekali silalah berkunjung ke salon untuk memotong hujung rambut (trim). Ini setidaknya dapat memelihara dari hujung rambut menjadi terlalu kering dan seterusnya bercabang.
BACA: TIPS CANTIK! 15 CARA SEMULAJADI LEBATKAN RAMBUT
Rajin-rajinkan diri membela rambut sebaiknya. Sikat rambut setiap hari dan gunakan pelembap rambut untuk salurkan nutrien terbaik buatnya. Jika kepala berkelemumur sehingga rambut jadi rapuh dan gugur, rawatnya dengan petua mahupun syampu berubat. Ini kerana, keadaan anda yang bertudung sepanjang hari membuatkan keadaan rambut sering berminyak dan berwap tanpa aliran udara lancar.
#3 Mula Kunjungi Rumah Waxing
Katakan tidak pada bulu-bulu di tubuh. Terpulang kepada anda aidainya anda tetap mahu menyimpan bulu kaki tersebut. Namun begitu, jika anda ingin kelihatan seksi, apa salahnya menjaga kecantikan tubuh dengan membuangnya secara teratur.
Kunjungi rumah-rumah waxing yang berdekatan untuk bersihkan permukaan kulit dari bulu-bulu halus tubuh. Terutamanya di kawasan bawah lengan dan sekitar alat sulit (jika mahu). Pssttt! Rambut halus yang tumbuh pada permukaan alat sulit sebenarnya bertindak untuk mengelak vagina dari terkena jangkitan kuman jahat.
#4 Lakukan Pemeriksaan Mammogram
Buat anda yang telah dewasa, berumur 25 tahun dan ke atas, adalah wajar untuk anda pergi membuat temu janji bagi menjalani ujian mammogram. Setidak-tidak pun, lakukan pemeriksaan sendiri di rumah. Pengesanan awal gejala kanser payudara bisa mengurangkan risiko maut serta sel-sel barah itu untuk merebak lebih jauh ke bahagian tubuh yang lain.
BACA: MESTI BACA! CARA AWAL MENGESAN KANSER PAYUDARA
Ingat, sel kanser bisa membiak dan menjalar dengan cepat sehingga menggangu fungsi organ tubuh lain.
#5 Kemas & Atur Meja Solek
Sudah-sudahlah menyimpan koleksi mekap ibarat koleksi barang antik di muzium. Anda harus sedar bahawa semua alat solek, kosmetik dan barangan kecantikan mempunyai tarikh luput tertentu. Meskipun anda telah membelinya dengan harga yang mahal, jika sampai pada jangka hayatnya, anda harus buangkannya sahaja.
Mula selongkar laci meja solek dan kotak simpanan anda untuk lihat tarikh luput semua alat solek dan kosmetik anda. Jika perlu, buang sahaja. Jangan pula anda gunakannya lagi. Ini akan memberi efek negatif pada kulit, bibir dan mata anda. Jika tidak mahu kulit rosak, mata terkena jangkitan mahupun bibir merekah berdarah, sila BUANG!
BACA: #STOPWEARINGMAKEUP: BERHENTI PAKAI MEKAP UNTUK DAPAT 10 FAEDAH INI!
Sambil itu, beli kotak simpanan jernih yang boleh didapati di Daiso dan Mr.DIY untuk anda pamerkan gincu, maskara, berus mekap dan segala keperluan solekan harian anda di atas meja solek secara teratur dan rapi. Senanglah anda mencapainya ketika bersolek setiap pagi sebelum ke tempat kerja.
#6 Paksa Diri Untuk Tidak Sentuh Muka
Bukanlah bermaksud anda diharamkan untuk menyentuh muka sama sekali. Maksudnya cuba paksa diri untuk tidak menjadi ‘gatal tangan’ meraba kulit wajah dengan jari. Kadang-kala tanpa sedar jari dan tangan anda akan merayap ke kawasan wajah, mengutil setiap jerawat atau bonggol-bonggol yang timbul.
BACA: TABIAT PENJAGAAN WAJAH CARA KOREA YANG SEMUA WANITA PATUT AMALKAN
Penulis jelas yang anda tidak selesa dengan anasir asing tersebut. Namun begitu, biarkan sahaja kerana memicit dan mengutil bengkak jerawat yang baru sahaja mahu tumbuh itu akan memburukan keadaan di mana jari akan menyebar kuman seterusnya tekanan picitan akan mengumpulkan darah sehingga jadi lebam dan berparut kemudian. Jaga-jaga. Biar ia kecut dan hilang sediri biarpun memakan masa. Elak guna mekap ketika kulit berjerawat.
#7 Amalkan Minuman Detoks
Air adalah sumber kecantikan muktamad. Jika tubuh cukup hidrat, anda bakal mendapat kulit yang mulus lebih cantik dan murah dari mendapatkan rawatan facial di spa-spa hebat. Air juga bertindak untuk melancarkan kitaran proses dalam tubuh serta akan bantu membuang toksin dari tubuh.
BACA: NAK PERUT KEMPIS? AMALKAN MINUM DETOKS TIMUN INI SEBELUM TIDUR
Jika anda rasa bosan dengan meminum air putih biasa, campurkan hirisan buah-buahan segar dalam air. Air detoks baik untuk kesihatan khusus untuk kecantikan luar dan dalam.
#8 Kawal & Rancang Pelan Kewangan
Mulai 1 Januari 2017, jangan lagi taksub dengan label dan jenama. Fikirkan simpanan untuk hari tua, simpanan untuk membeli aset seperti rumah atau kereta, fikirkan jikalau anda atau keluarga ditimpa musibah. Sebaiknya sediakan wang yang mencukupi untuk menghadapi krisis atau kecemasan.
Jika anda cukup bijak, sila beli pelan insuran untuk memudahkan kehidupan masa hadapan. Jika anda ambil pelan insuran sedari muda, bayaran bulanan adalah lebih murah. Terdapat banyak pelan insuran pelbagai kategori yang boleh dipilih mengikut kehendak seperti insuran pelajaran, insuran keselamatan, insuran penyakit dan sebagainya.
BACA: IKUTI JADUAL MUDAH MENYIMPAN DUIT DARI PINTEREST.COM PILIHAN WANISTA
Ubah persepsi minda tetang fesyen. Sesungguhnya anda masih boleh tetap bergaya meskipun bukan dengan barangan berjenama serta alat solek yang mahal asalkan anda pandai memilih port untuk bershopping! Benda murah pun boleh nampak mahal tau?
BONUS!
Lakukan Kebaikan Untuk Orang Lain
Jika anda memudahkan kehidupan orang lain, dengan izinNYA tuhan akan kurniakan berganda-ganda kebaikan buat anda. Jangan takut untuk berkongsi kerana setiap rezeki yang dikongsi itu adalah amal dan pahala yang anda kumpul untuk saham di akhirat.
Anggaplah rezeki yang dikongsi itu sebagai ‘pelaburan’. Sedikit yang anda beri, lebih banyak hasilnya yang akan anda dapat. Sebab tu orang kata, jika kita suka berkongsi dan bersedekah, rezeki kita tidak akan berkurang bahkan akan dimurahkan lagi. Ingat, tuhan itu maha adil.
Cantik di dalam, cantik juga di luar. Selamat beramal!