Pemenang Miss World 2000, Priyanka Chopra dikatakan tidak kisah jika dirinya dilabel simbol seks.
Dilaporkan, pelakon yang kini sedang mencipta nama di Hollywood melalui drama Quantino, sering membuat peminat jatuh cinta pada keseksiannya sehingga digelar simbol seks.
“Saya tidak berasa tersinggung apabila digelar sebagai simbol seks kerana saya adalah seorang artis yang seringkali menjadi perhatian umum.
“Ia merupakan sebagai sebahagian daripada pekerjaan saya yang harus tampil bergaya setiap kali berada di hadapan umum atau menghadiri majlis tertentu.
“Menjadi sebagai simbol seks saya rasa bukanlah sasaran utama kerana sudah tentu saya ingin tampil seksi,” katanya.
Menurut Priyanka lagi, dia tidak hanya mahu dikenali sebagai simbol seks tetapi berharap agar masyarakat umum di luar sana juga tetap menilai kemampuan dan bakatnya dalam lakonan.
Priyanka bakal muncul dalam filem Baywatch 2017 bersama Zac Efron dan Dwayne Johnson. Sama-sama kita tonton trailer!