Mula-mula dengan Yuna dan selepas itu Nelydia pula tetapi selepas mereka berdua disahkan putus dengar khabar baru-baru ini tuan empunya nama Qi Razali ini telah kembali hangat bercinta dengan seorang gadis cantik.
https://www.instagram.com/p/BMjJ1Fcgrxa/?taken-by=sleepylllama
https://www.instagram.com/p/BKnHAjWgGWL/?taken-by=sleepylllama
Ya, gadis tersebut dikatakan adalah seorang model yang dikenali dengan nama panggilan Nia.
https://www.instagram.com/p/BAtWNxGLR1-/?taken-by=sleepylllama
https://www.instagram.com/p/BN_bwNkgqLE/?taken-by=sleepylllama
Menerusi Instagram (IG)nya pada Selasa lalu, Qi telah berkongsi sekeping foto seperti sedang bertemu janji di sebuah restoran.
Qi juga telah menulis kapsyen dan berkongsi IG teman wanitanya itu dengan tag nama @sleepylllama.
“Thanks for dinner. I had a really nice time. Oh,the food was good too! Thank you,” tulisnya ringkas.
Walau apapun, Qi masih belum sempat memuat naik foto wajah teman wanitanya itu di akuan Instagramnya.
https://www.instagram.com/p/BOIOJ_qA-1f/?taken-by=sleepylllama
Berbeza dengan Nia, wanita itu memilih untuk berkongsi tiga foto Qi beserta kapsyen sweet di setiap foto berbeza yang membuktikan pasangan itu sedang hangat bercinta. Qi nampaknya lebih selesa memilih untuk tidak mendedahkan wajah wanita itu di IGnya.
https://www.instagram.com/p/BOfHl-kgJJ6/?taken-by=sleepylllama
Dalam situasi lain, Nelydia Senrose dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Utusan Online berkata tidak mahu dikaitkan dengan bekas teman lelakinya itu lagi.
“Kami sudah putus! Muktamad. Tidak perlu lagi mencanang cerita yang tidak benar. Sejujurnya, antara kami sudah tiada apa-apa. Walaupun hubungan kami masih baik tapi itu hanyalah sebagai teman semata-mata.
“Saya belajar daripada pengalaman untuk tidak mahu lagi mencanang tentang kisah cinta. Saya lebih suka mendiamkan diri.
“Jadi mungkin bila tiada kata putus daripada mulut kami berdua, orang mula mencetuskan spekulasi sendiri.
“Apa yang pasti, saya dan si dia sudah tiada apa-apa. Kami putus tahun ini. Bulan berapa saya tidak ingat lagi,” jelasnya.