Bosannya asyik pakai gincu jenis matte kerana matte lipstick kadang kala membuatkan bibir jadi kering dan merekah. Tetapi, jika kita calitkan gincu jenis fomula biasa pula, warnanya cepat pudar dan mudah jadi comot sehingga meninggalkan kesan pada cawan, baju dan sebagainya.
Untuk melegakan keresahan wanita-wanita di luar sana, KOSE iaitu salah satu jenama kosmetik dan kecantikan Jepun terkemuka telah menghasilkan inovasi baharu yang digelar KOSE Lip Gel Magic untuk bantu kekalkan olesan gincu lebih lama pada bibir. Bahkan, ianya terbukti berkesan!
Tonton Video Review KOSE Lip Gel Magic oleh Tina Yong
Ciptaan KOSE Lip Gel Magic ini berupa cecair gel jenis lut sinar yang akan menyelaput gincu pada bibir, bertindak sebagai pelindung yang akan menghalang gincu tersebut dari segala kecomotan.
FAEDAH
Kebaikan menggunakan KOSE Lip Gel Magic ini adalah anda bisa menggunakan pelbagai jenis gincu biasa dengan warna kegemaran anda meskipun formulanya bukan jenis matte.
Tidak sepeti gincu matte anda yang mungkin hanya terhad kepada beberapa warna sahaja.
Sekarang anda tak perlu risau untuk menambah lapisan gincu setiap kali selepas makan kerana warnanya tetap tidak akan berubah dengan perlindungan KOSE Lip Gel Magic!
CARA PENGGUNAAN
1. Olesan apa sahaja gincu kegemaran pada bibir.
2. Goncang dan picitkan sedikit KOSE Lip Gel Magic (sebesar sebutir kacang hijau) pada penghujung jari telunjuk seperti di dalam rajah contoh.
3. Seterusnya sapukan secara sekata pada permukaan bibir yang bergincu.
4. Mulakan arah sapuan dari tengah bibir yang ditarik ke bahagian hujung bibir sebelah kanan dan kiri.
5. Fokuskan sapuan pada bahagian dalam bibir yang sering comot kerana terdedah pada permukaan gelas/cawan mahupun makanan.
6. Siap! Anda kini boleh bergaya sakan dengan semua koleksi gincu yang dimiliki setiap hari.
Sila klik [www.kose.com.my] untuk lihat senarai kiosk dan kaunter KOSE di seluruh Malaysia.