Anda mungkin rasa bibir Angelina Jolie adalah bibir pujaan ramai wanita seantero dunia. Namun, mengikut sebuah laporan daripada Inquistr, Taylor Swift berjaya merebut takhta mengalahkan ratu bibir seksi si Angelina Jolie kerana bentuk bibirnya menjadi pilihan utama bagi mereka yang ingin menjalani pembedahan plastik merubah bentuk bibir.
Menurut Dr. Julian De Silva iaitu salah seorang pakar pembedahan plastik, ramai yang meminta untuk memiliki bentuk bibir seperti seperti milik Taylor Swift kerana ia dianggap mengiurkan dan kelihatan sempurna.
“Dia mempunyai bentuk bibir yang menawan dan mengghairahkan kerana ia dipengaruhi oleh gigi Swift yang sedikit besar.
“Secara tidak langsung ia mendorong bibir tersebut kelihatan semakin tebal dan seksi,” katanya.
Secara amnya, Angelina Jolie berada di tempat kedua diikuti penyanyi Rihanna, Scarlett Johanssan, Rosie Huntington-Whiteley dan Megan Fox.
p/s: Bagi pendapat peribadi penulis bibir Taylor Swift nampak seksi kerana dipengaruhi “cupid’s bow” yang tinggi dan tajam serta bentuk matanya yang berupa seolah ‘mata kucing’.