Jika anda sering singgah di pusat membeli-belah NU Sentral yang berada di tengah KL Sentral, untuk makluman restoran 4Fingers kini sudah bertapak di sana.
Merangkumi menu menyelerakan hidangan ayam rangup segar dan sos pilihan buatan sendiri secara semula jadi.
Jenama makanan asal dari Singapura ini telah mempunyai 15 cawangan di Kuala Lumpur, Medan dan bakal buka di Melbourne dan Brisbane.
Menyajikan hidangan kepak dan peha ayam rangup, pelbagai makanan sampingan dan signature dish seperti Signature Crispy Chicken, Katsu Chicken Sandwich, B.F.F, rice boxes dan salad.
4Fingers di NU Sentral merupakan cawangan kedua mereka di Kuala Lumpur selepas pusat membeli-belah Midvalley.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi atau menu terbaru dari 4Fingers layari www.4fingers.com atau Facebook 4Fingers Crispy Chicken Malaysia.