Baru-baru ini bertempat di pusat membeli-belah terkemuka di daerah Bangsar, Kuala Lumpur, rangkaian kedai serbaneka myNEWS.com kini melancarkan kedai flagship baharu mereka berkonsepkan “myNEWS Gourmet To Go yang menawarkan seribu satu pilihan makanan mudah dinikmati, barangan kecemasan, kopi, majalah, jajan, buah-buahan segar dan banyak lagi!
Kedai yang terletak di aras bawah MidValley Megamall ini meliputi kawasan sebesar 1378 kaki persegi lalu menyediakan hampir 50 jenis makanan berlainan yang kena dengan tekak orang Asia merangkumi hidangan utama dna pencuci mulut termasuklah pelbagai jenis Roti segar, Asam Laksa, Salad, Buah Potong, Nasi Lemak, Bihun Goreng, Pasta Berperisa, Jeli Buah-Buahan, Sandwich, Kek Keju, Mousse Coklat dan banyak lagi.
https://www.instagram.com/p/BORcFxIhZ3E/?taken-by=wanistadotcom
Bagi mereka yang ingin bergerak tangkas bolehlah menikmati makanan yang disedikan myNEWS Gourmet To Go kerana ia lebih bersesuaian memandangkan anda hanya perlu memanaskan kembali makanan tersebut di sudut ketuhar gelombang yang ada di dalam kedai.
Dari segi minuman pula, seperti biasa anda boleh memilih dari rangkaian jus buah-buahan, minuman kultur yogurt, soda, minuman berperisa, teh mahupun kopi yang dibrew terus bagi memberi lebih kenimmatan kepada anda.
Apa yang menarik, kebanyakan hidangan ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan iaitu bawah RM10! Sangat berbaloi dan pastinya menjadikan hari-hari anda lebih bermakna!
myNEWS Gourmet To Go dibuka 24 jam setiap hari.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.mynews.com.my