Jenama fesyen kasual digemari ramai, Raplph Lauren telah pun membangunkan butik persendiriannya yang pertama di Pavilion Kuala Lumpur Januari lalu.
Dekorasi serta susun atur di dalam gedung berkenaan sekaligus melambangkan sifat POLO Raplh Lauren sendiri termasuklah kesenian serta ciri sofistikasi ikoniknya yang diinspirasi dari gaya hidup masyarakat amerika.
Koleksi pakaian semuanya dipamer rapi menerusi rak-rak tanpa pintu yang mudah untuk dicapai.
Hiasan dalam butik sungguh unik, diberi sentuhan ala gudang perindustrian di New York manakaal cat yang digunakan untuk melitupi bahagian luar butik pula sengaja diterapkan dengan rona hijau lumut untuk menyerlahkan konsep lusuh dan klasik.
Jika singgah ke Pavilion Kuala Lumpur, jangan lupa singgah di butik POLO Ralph Lauren untuk membeli-belah dalam suasana yang eksentrik. Terletak di aras 3, dibuka setiap hari dari jam 10am hingga 10pm. Hubungi 03-2110 6903 untuk keterangan lanjut.
Lokasi:
Lot 3.55.00 & 3.56.00, Level 3,
Pavilion Kuala Lumpur,
168 Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia